
Timbalan presidennya Nasharuddin Mat Isa hari ini dilaporkan menafikan ahli jawatankuasa pusat parti itu berbuat demikian.
Malah, tambahnya, Dr Syed Azman "berada di medan" dan salah seorang ahli jawatankuasa operasi parti dalam pilihanraya kecil parlimen ini.
Namun PAS masih bimbang dengan tanggapan negatif dakwaan wakil rakyat Batu Burok itu - satu daripada empat DUN dalam kawasan parlimen tersebut - berkecil hati kerana tidak terpilih mencabar calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.Malam tadi ceramah Dr Syed Azman di Wakaf Beruas - dalam DUN Wakaf Mempelam yang diwakili Abdul Wahid - didakwa "tidak sesungguh hati".Sikap "tidak serius" berkempen beberapa pemimpin lain bersama kumpulan tokoh muda popular PAS ini - digelar "kumpulan Erdogan" - menyinggung sedikit sebanyak ahli-ahli di peringkat akar umbi.
Mereka menyebut beberapa nama yang dianggap dekat dengan kumpulan itu seperti naib presiden Datuk Husam Musa, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Ghazali atau ketua Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkifli Ahmad tetapi didakwa tidak memberikan komitmen sepenuh hati.
Tidak seperti pembabitan mereka dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu, sewaktu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melangkah kembali ke arena politik aktif.
Mereka menganggap Dr Syed Azman dan "kumpulan Erdogan" tidak wajar membelakangkan kempen menaikkan calonnya, yang juga bendahari PAS Terengganu, kerana Abdul Wahid pilihan presiden sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang. (Malaysiakini)
No comments:
Post a Comment