Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian (UNHCR) berkata bahawa badan itu belum lagi menerima apa-apa maklumbalas daripada pihak berkuasa Mesir di atas gesaannya untuk membuka laluan kepada penduduk Semenanjung Gaza melarikan diri dari peperangan yang sedang berlaku. Jurucakap UNHCR Ron Redmont memberitahu wartawan di Geneva bahawa agensi itu tidak bertujuan menggalakkan rakyat Palestin melarikan diri meninggalkan Gaza, namun ianya adalah untuk memastikan perlaksanaan prinsip penting iaitu hak untuk melarikan diri dari kekejaman yang berlaku dan hak untuk mendapatkan perlindungan di tempat yang lebih selamat oleh penduduk Gaza dapat dilaksanakan.
Pihak UNHCR telah menegaskan pada Isnin lepas tentang keperluan yang amat mendesak kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam di Gaza daripada semua pihak termasuk Mesir dan Israel.
No comments:
Post a Comment