" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 January 2009

Zionis akan membayar harga yang mahal.....

Pemimpin Hamas , Ismail Radwan pada petang Sabtu menyatakan bahawa pejuang dan kepimpinan Palestin di Semenanjung Gaza tidak akan meninggalkan medan perang dan akan kekal berjuang sehingga ke titisan darah terakhir dan memberi amaran kepada rejim Zionis , mereka akan membayar harga yang sangat mahal atas pertumpahan darah ini.

Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan di kaca TV , Radwan menegaskan bahawa orang Israel menceroboh bertujuan untuk menjalankan projek perkauman yang ektrim dengan melanyak sesuka hati hak2 rakyat Palestin.

"Gaza akan menjadi satu kawasan perkuburan untuk anda (baca : rejim Zionis ) dan pencerobohan ini tidak akan menjadi satu perkara bersenang lenang. Anda tiada pilihan hanya untuk menghentikan pencerobohan dan menghapuskan pengepungan tanpa syarat. Anda tidak akan berseronok kecuali penduduk Palestin menikmati ia terlebih dahulu ," tegas pemimpin Hamas tersebut.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA