" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

03 January 2009

CALON BN LEBIH 'UNDERDOG' DARI PAS?

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan Datuk Wan Farid Wan Salleh, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu, 17 Jan ini, sebagai calon "bukan pilihan."

Beliau berkata ini kerana pada pilihan raya umum lepas, BN hanya menang satu daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Kuala Terengganu.

"Jadi 'being an underdog' (sebagai bukan pilihan), kita kena kerja lebih keras," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR dan PMR 2008 dan Sumbangan Kelengkapan Persekolahan Sesi 2009 anjuran bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Cheras.

Beliau juga diminta mengulas peraturan Umno yang menghalang mana-mana calonnya berkempen menggunakan blog.

"Selagi blog digunakan untuk menyebarkan pandangan tidak memburukkan orang lain, berkongsi pendapat, saya rasa perlu digalakkan. Saya rasa Umno bukan sahaja kena galakkan blog, malah kena galakkan penggunaan voice mail, MMS kerana ini adalah teknologi yang digunakan oleh golongan muda pada hari ini," katanya.

Oleh itu, beliau berkata, jika penggunaannya dihalang, ia akan bertentangan dengan kehendak generasi muda pada masa kini.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA