" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 January 2009

Pulau Pinang negeri pertama realisasikan MPR

Pulau Pinang menjadi negeri pertama daripada lima negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lepas menubuhkan Majlis Pakatan Rakyat (MPR) bagi melincinkan pergerakan sekaligus menghindari pertembungan masalah dalaman pentadbiran.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika menghubungi Harakahdaily memberitahu, penubuhan itu bermatlamat menyatukan kenyataan media di samping menyelaraskan aktiviti yang diatur agar kelihatan lebih konsisten dan tersusun.

"Melalui penyatuan organisasi pastinya mengorak beberapa langkah positif ke arah meningkatkan kestabilan sesama parti dalam Pakatan Rakyat. Ianya memberi ruang untuk semua parti menyumbangkan pandangan semata-mata untuk kebaikan rakyat, " ujarnya.

Melalui MPR ini juga satu sekretariat telah diwujudkan antaranya pengerusi dan setiausaha bersama ketiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), PAS dan DAP.

Sementara itu, Ketua Perhubungan KeADILan Negeri, Dato' Zahrin Hashim dalam kenyataan akhbarnya selepas mengadakan mesyuarat kali pertama MPR di sebuah hotel dekat sini mengatakan, penubuhan MPR selari dengan MPR di peringkat pusat iaitu untuk menyatukan semua pimpinan Pakatan Rakyat di bawah satu bumbung.

Menerusi MPR itu nanti semua kenyataan akhbar akan diseragamkan serta mengadakan perbincangan terlebih dahulu jika sekiranya mahu mengadakan aktiviti atau pelaksanaan program tanpa menyentuh tentang dasar mana-mana parti yang terlibat.

"Penubuhan itu akan menyatukan semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan kepimpinan peringkat negeri. Setiap parti akan dianggotai tujuh orang wakil untuk berbincang sebelum pelaksanaan dibuat, " kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Sambungnya, MPR peringkat negeri akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada masa terdekat dengan menghimpunkan semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di satu lokasi yang akan diberitahu kelak. (Harakah)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA