" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

02 May 2009

Shafie Pujuk Chua Jangan Lompat Parti

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak meneruskan hasratnya untuk melompat parti dan menyertai pembangkang.

Beliau berkata apa yang penting sekarang ialah semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan dan bekerja keras memperkuatkan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya berharap tidak akan berlaku keadaan itu (lompat parti), apa yang penting kepada kita, kita mempunyai masa yang singkat iaitu dua setengah tahun untuk membangunkan negara ini dan untuk mempertingkatkan kekuatan BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kenyataan Dr Chua yang tidak menolak kemungkinan akan melompat parti dan menyertai pembangkang kerana mendakwa semakin tidak berperanan dalam parti termasuk sebagai pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan.

Mengenai permintaan veteran Umno yang mahukan kelab itu diiktiraf sebagai sayap Umno, Mohd Shafie berkata perkara itu perlu dibincangkan dalam parti sebelum sebarang keputusan dibuat kerana Umno telah mempunyai banyak sayap.

Beliau berkata selama ini, veteran Umno telah banyak memberi sumbangan kepada parti dan ia perlu diteruskan.

(BERNAMA)

1 comment:

Anonymous said...

pembangkang negara mana tu ???...russia ??? atau peranchis ????...rasa2 malaysia tak nak simpan pemimpin yg PLAYBOY dan ganas...siap jd pelakon UTAMA pulak tu.,..satu negara bolh tengok aksi...

alah...biaq pi lah.....dia nk berambus..berambuslah...asalkan jgn kita jd bahan lawak pulak olh pembangkang...kerana dia..

lg pun...bg dia dunia belum kiamat lggg..

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA