" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 May 2009

Ayah Altantuya Mahukan Kebenaran

Ayah mendiang Altantuya, Dr Shaariibuu Setev telah menghantar sepucuk surat kepada PM Najib Razak sempena ulangtahun anaknya yang ke 31 hari ini mendesak agar semua isu yang masih dalam pertikaian diselesaikan segera.

Dalam surat tulisan tangan itu, beliau yang juga profesor di sebuah universiti di Monggolia berkata rakyat Malaysia dan Monggolioa tertunggu-tunggu kebenaran daripada kes pembunuhan anaknya itu dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terjejas kerananya.

Dr Setev juga mendesak Najib, kerajaan Malaysia dan pihak polis supaya memberi perhatian kepada saman sivil yang dikemukakan kepada mereka sambil merujuk kepada nasib 2 anak Altantuya yang kini yatim.

"Saya mahu menenangkan roh anak saya dengan membuat majlis pengkebumian, yang mana saya belum melakukannya, sehingga selesai semua isu berhubung kematiannya," kata beliau dalam surat yang bertarikh 5 May 2009.


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA