" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 May 2009

Harapan Baru Mewarnai Negara

Dengan keputusan Mahkamah tinggi hari ini yang telah mengistiharkan YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku MB Perak yang sah, ini telah memberi 'nafas baru' dalam sistem Kehakiman Negara kita.

Keputusan ini sudah tentunya mengembirakan majoriti rakyat Malaysia kerana ia merupakan satu 'kemenangan rakyat'. Ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang2 tertinggi di negara ini.

Patutlah semalam Najib sibuk berbicara mengenai kerjasama dengan PR. Rupanya beliau sudah dapat 'menghidu' akan keputusan ini. Beliau juga sibuk menyeru PR mengikut undang2 negara. Walaupun rakyat tidak menaruh harapan yang tinggi kepada institusi kehakiman negara akibat daripada keputusan yang lepas2, kebenaran terbukti juga akhirnya. Rakyat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada hakim yang mengadili kes ini diatas keberanian beliau.

Suasana ini telah memberi 'harapan baru' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk merialisasikan impian mengambil-alih kerajaan pusat daripada BN. 'Disebalik Musibbah Yang Menimpa Kita, Pasti Ada Hikmahnya'. Terus mara kedepan....,jangan gentar..., 'kemenangan besar' semakin teserlah...., LAWAN TETAP...., LAWAN..!!!

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA