" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 May 2009

Mahkamah Beri Sebab Nizar Masih MB

Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim

Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk memecat MB dan tidak timbul soal Nizar melepaskan jawatan itu. Dalam kes ini, tidak ada undi tidak percaya diusulkan terhadap Nizar di DUN Perak.

Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak? Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini MB boleh disingkirkan.

Seorang MB tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan. Pemecatan MB oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik MB, bagaimanapun seseorang MB, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak2 lain.

Hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan MB boleh memohon bagi pembubaran DUN. Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi MB untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada MB untuk memilih masanya untuk memohon bagi pembubaran.

Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa MB mesti meletak jawatan. Bagaimana jika MB enggan meletakkan jawatan?

Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa MB dianggap telah meletakkan jawatan. Saya mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, saya memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil. Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.

Keterangan pemohon (Nizar) bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan apabila PR dan BN masing2 mempunyai 28 kerusi, tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan.

Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran. Kenapa BN, selepas mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian?

Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA