" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 May 2009

Zambry Wira UMNO/BN?

Zambry Abdul Kadir, MB (haram) Perak dilihat telah mengambil sikap yang melampau dalam menangani 'kemelut Perak' akibat dari perbuatannya sendiri. Ini sebenarnya akan merugikan mereka tetapi lebih menguntungkan PR. Keuntungan yang memihak kepada PR telah bermula semasa beliau dan kumpulannya merampas kuasa lagi.

Biarpun ramai yang telah mencadangkan agar pilihan raya semula diadakan diPerak untuk menyelesaikan segala kekusutan ini, BN tetap menolak dengan angkuhnya dan ini turut disokong oleh Sultan Perak.

Kerajaan BN pimpinan Najib akan terus menghadapi keadaan sukar untuk meraih 'sokongan rakyat' diatas apa yang telah berlaku pada 7 Mei. Perak pula masih kabur, masih bergolak, masih tidak keruan, masih dalam keadaan tidak stabil biarpun speaker Dewan Sivakumar telah di heret keluar dengan cara ala gangsters.

Ini merupakan siri ke-2 rampasan kuasa mereka. Maka Negeri Perak terus tidak menentu dan ini akan mengganggu perkembangan dari semua aspek baik ekonomi, politik dan sosial.

Sekiranya UMNO/BN tidak membuat huru-hara terutamanya semenjak Najib mengambil alih jawatan daripada Pak Lah, berkemungkinan UMNO/BN boleh menjadi barisan pembakang yang akan belajar bermula dari bawah semula untuk memenangi hati rakyat keseluruhannya.

Tapi, apa yang kita nampak sekarang, UMNO/BN tidak layak untuk berbuat sedemikian. Namun, Zambry tetap juga dianggap sebagai 'seorang wira'....!!! (diatas kejayaannya kearah melenyapkan UMNO/BN di mata rakyat terutamanya di Perak).

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA