" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 May 2009

Sivakumar Bakal Gagalkan Perancangan UMNO/BN

Sidang DUN Perak 7 Mei ini bukanlah persidangan biasa dalam mana2 sidang DUN di negara ini. Sidang DUN 7 Mei dianggap pertembungan nilai-nilai yang bertunjangkan keadilan dan kedaulatan undang2 dengan undang2 rimba dan kerakusan kuasa, seperti mana juga pertembungan haq dan bathil dalam ajaran agama sejagat. Oleh itu sidang hari Khamis ini menjadi bukan sahaja perhatian rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya malah menjadi fokus masyarakat dunia.

Sidang 7 Mei akan memperlihatkan kepada seluruh makhluk alam ini sama ada rakyat yang terus menerus ditindas dan dinafikan hak mereka oleh satu sistem kerajaan yang membelakangi segala yang betul, teratur dan lurus akan mencapai kemenangan hitam mereka sekali lagi atau apakah kuasa rakyat yang dalam sejarah dunia mampu menghadapi apa saja kuasa bakal mengalahkankan kuasa jahat yang selama ini membelenggu mereka.

Apa yang bakal terjadi di dalam ruang DUN 7 Mei hanya berdasarkan spekulasi semata-mata tetapi jika diteliti Perintah2 Tetap DUN dan Perlembagaan Perak beberapa kemungkinan bakal berlaku pada hari Khamis kelak.

Percubaan pertama UMNO/BN yang diketuai oleh MB yang masih dipertikaikan status halal haramnya, Zambry Abd Kadir ialah menyingkirkan Speaker, V. Sivakumar. Dalam DUN Speaker berkuasa sepenuhnya dan kuasa beliau tidak boleh dicabar hatta dalam mahkamah sekali pun.

Jika ada ADUN2 BN cuba membuat kacau dan menganggu gugat sidang, mereka boleh digantung oleh Sivakumar atau diarahkan keluar Dewan. Jika 4 ADUN BN digantung Pakatan Rakyat akan memperolehi majoriti mudah dan undi tidak percaya terhadap Zambry boleh diadakan.

Sekiranya ini berlaku Speaker kemudiannya akan memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa Zambry tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli2 Dewan.

Pada peringkat Sultan Azlan mempunyai dua opsyen; pertama baginda akan perkenankan supaya DUN dibubarkan dan pilihan kedua baginda akan mengganti Zambry. Di bawah undang2 tubuh negeri Perak, Sultan tidak mempunyai kuasa untuk memecat MB atau meminta beliau meletak jawatan. Jika ini terjadi maka Perak akan mempunyai 2 MB tanpa kedudukan yang sah di sisi undang2.

Kemungkinan Sultan Azlan berbuat demikian hampir mustahil kerana baginda adalah pakar perundangan dan arif mengetahui selok belok perundangan negeri dan negara. Pilihan yang paling afdal bagi baginda ialah memperkenankan pembubaran DUN dan inilah logik yang paling diterima akal dan direstui rakyat.

Walau bagaimanapun situasi ideal ini hanya akan berlaku sekiranya persidangan DUN tersebut adalah adil dan saksama. Dalam hubungan ini peranan yang dimainkan oleh Setiausaha DUN adalah penting.

Langkah pertama BN ialah memperakui perlantikan Setiausaha yang PRO-BN. ADUN2 BN akan berlakon untuk menonjolkan imej Speaker sebagai seorang yang menderhaka terhadap Sultan dan atas alasan itu beliau boleh disingkir melalui peruntukan Artikel 31 (1) perlembagaan negeri.

Sebaliknya jika Sivakumar gagal hadir pada hari sidang bermula maka Artikel 36 (A) boleh digunapakai untuk melantik seorang Speaker baru. BN sudah pun mengumumkan bekas ADUN Sungkai yang juga seorang peguam, R. Ganesan sebagai calon Speaker. Artikel 36 menggariskan prosedur perlantikan Speaker yang bukan daripada kalangan ADUN.

Dalam apa hal pun PR tidak akan berdiam diri dan mempunyai strateginya sendiri sebagaimana juga Zambry. Seperti juga dalam permainan daun pakau, pemain akan menyimpan daun kemenangan sampai kepenghujung permainan dan akan menggunakannya pada saat2 terakhir.

Persoalannya apakah senjata sulit yang disimpan oleh kedua-dua belah pihak. Sekiranya mahu menang dalam pertarungan dalam DUN 7 Mei nanti PR perlu melancarkan ofensif sekiranya mahu terus menguasai Dewan. Senjata terkuat PR terletak dalam Perintah2 Tetap yang menjadi tunggak kuasa Speaker. BN selagi boleh tidak mahu berhadapan dengan rakyat melalui pilihan raya negeri kerana mereka tahu akan kalah teruk, lebih teruk daripada PRU 2008.

Rakyat pula menolak mereka dan meneruskan ciri penolakan UMNO/BN seperti yang dilihat dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang bulan lalu.

BN akan cuba sedaya upaya mereka untuk terus berkuasa walaupun tanpa mandat rakyat. PR pula perlu mencari pendekatan terbaik dan sistematik supaya DUN dapat dibubarkan dan dikembalikan memerintah Perak dengan majoriti jauh lebih besar dan mantap.

(TVA)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA