" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 May 2009

Najib 'Pewaris Terakhir' UBN?

Nampaknya keadaan di Perak telah kembali malap ekoran daripada Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Apa yang berlaku ini seakan telah mengulangi apa yang berlaku diawal rancangan 'rampasan kuasa'. Cuba kita imbas semasa 'Adun Bota' yang diumumkan telah menyertai PKR. Suasana pada masa itu begitu meriah sekali bagi kita yang mendokong perjuangan PR. Seluruh negara sibuk untuk menjemput 'Adun Bota' untuk hadir berceramah ditempat masing2. PR pada masa itu juga bagai merayakan satu 'kemenangan besar'.

Tapi suasana itu hanya untuk sekejap sahaja, bilamana Adun ini dikhabarkan 'telah hilang' dan tiba2 muncul dengan wajah yang muram pada sidang media bersama Najib serta 3 'Adun katak' di Putrajaya yang juga mengumumkan beliau telah kembali kepangkuan UMNO. Tidak lama selepas itu, 'rampasan kuasa' pun berlaku.

Mulai daripada peristiwa itu, Perak telah mula diselubungi suasana yang 'malap' sehinggalah semalam dimana pengumuman keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah tinggi yang mengatakan Nizar sebagai MB Perak yang sah! Suasana 'ceria' kali ini lebih singkat daripada cerita 'Adun Bota'. Hari ini, suasana 'malap' telah kembali lagi....

Mungkin situasi ini berlaku akibat daripada 'proses mencabut kuasa' yang selama ini menjadi senjata agong UBN. Kali ini, Najib bakal 'pewaris terakhir' buat UBN dimana kuasa mereka akan dicabut oleh 'kuasa rakyat' akibat daripada tindakan yang telah beliau 'and the gang' lakukan keatas rakyat dinegeri Perak. Insyaallah..., bukan hanya rakyat di Perak, malah rakyat seluruh Malaysia.....


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA