Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya esok mulai jam 9.00 pagi bagi mencabar keputusan berkaitan kesahihan pemecatan beliau dari jawatan TPM pada 1998.PM ketika itu Tun Dr Mahathir (TDM) memecat DSAI atas fakta yang diberikan beliau (TDM) mempunyai kuasa mutlak kerana PM yang membuat lantikan, justeru beliau juga berhak memecat. Bagaimanapun beliau memfailkan saman terhadap TDM berdasarkan pemecatan itu berlawanan dengan prosedur.
Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk mendengar rayuan DSAI ini. Beliau mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan. Sebelum itu beliau mengemukakan saman terhadap keputusan TDM tersebut tetapi diketepikan.
No comments:
Post a Comment