
"Ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam PR. Semua parti dalam PR telah bersetuju, jika berlaku PRK, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada PRU sebelum itu," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.
Persoalannya adakah mereka menggunapakai perjanjian tersebut? Sepatutnya dari awal lagi mereka sudah mengetahui tentang perjanjian ini. Berbagai alasan boleh dikemukakan. Tetapi adakah dengan alasan2 tersebut, mereka fikir rakyat akan menerimanya bulat2?
Yang nampak, samada sedar ataupun tidak, satu masaalah telah ditimbulkan oleh anggota PR sendiri. PR sedikit pun tidak mendapat keuntungan, malah merugikan sekiranya hasrsat mereka benar2 dilakukan. Yang untung adalah UMNO/BN. Jadi, terbuktilah apa yang digembar-gemburkan oleh UMNO/BN sebelum ini bahawa PR diambang perpecahan. Adakah kita mahukan itu semua?
Mulai sekarang, hentikanlah hasrat untuk berbuat demikian. Tumpukan kepada hasrat rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Bekerjasamalah sesama anggota PR demi untuk memastikan kemenangan akan memihak kepada PR juga pada PRK kali ini.
No comments:
Post a Comment