" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

14 May 2009

PR Bersedia Temui Najib

DSAI menegaskan, PR bersetuju mengadakan pertemuan dengan Najib bersandarkan kepada hasrat Pakatan memulihkan institusi demokrasi yang terhakis disebabkan rampasan kuasa BN. Bagaimanapun PR tetap dengan pendirian bahawa jalan penyelesaian kepada krisis perlembagaan Perak adalah melalui pilihan raya negeri. Beliau berkata,

"PR bukan mahu bertolak-ansur, tetapi bekerja bersama-sama untuk menghormati Perlembagaan, menghormati Kedaulatan Undang2, dan kemuncaknya kembali kepada rakyat.

Kita akan terus menggunakan tindakan perundangan, walaupun pada masa lalu kita telah menyuarakan kesangsian kita terhadap keberkesanan sistem keadilan yang mengadili kes2 yang dibawa ke mahkamah.

Dengan mengambil kira langkah2 repressive yang telah diambil BN sepanjang krisis ini, kita masih bersabar dan bersedia untuk mencari jalan penyelesaian secara aman, dan tuntas bagi memulihkan konflik ini.

Pertemuan dengan Najib tidak akan menjejaskan pendekatan perundangan yang telah diambil oleh PR berhubung krisis politik ini. Kita berpendirian untuk meneruskan pendekatan undang2 yang telah diambil.

Namun begitu, ini adalah krisis politik dan ia tidak boleh diselesaikan di mahkamah atau di istana. Ia harus dipulangkan kepada mahkamah rakyat, kerana akhirnya keputusan terletak di tangan rakyat".

Beliau yang mewakili PR berkata demikian pada sidang akhbar bersama pemimpin lain di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur hari ini. Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan MB Perak Nizar Jamaluddin turut hadir di sidang akhbar itu.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA