Najib main politik lagi. Kali ini beliau meletakkan dua sasaran untuk menepis serangan politik yang ditujukan kepadanya.
Yang pertama, Najib cuba mengalihkan tekanan yang dihadapinya dengan menyatakan beliau dan BN yang dipimpinnya tidak ada halangan untuk berbincang dengan PR berhubung cara terbaik menyelesaikan kemelut politik Perak.
Yang kedua, Najib bertindak lebih berani lagi. Penyelesaian mutlak krisis politik Perak terletak di tangan Sultan Perak katanya. Beliau menegaskan hanya Sultan yang mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri itu dan melorongkan laluan supaya pilihanraya negeri diadakan.
Dalam langkah pertama, Najib mahu mengalihkan perhatian rakyat dan dunia bahawa beliau luhur dan ikhlas menangani krisis politik Perak. Beliau berjiwa besar dan sedia berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Tujuan beliau berbuat demikian adalah jelas. Najib mahu rakyat tahu bahawa beliau tidak gentar menghadapi cabaran PR. Malah sebaliknya Najib mahu memberi isyarat bahawa jika kemelut politik Perak tidak boleh diselesaikan dengan baik dan sopan itu adalah kerana PR 'tidak mahu atau keberatan' untuk meleraikannya secara bertamadun dan ikhlas.
Langkah politik ini dangkal. Beliau berharap PR menolak pelawaan yang bersalut syarat yang tidak munasabah itu,. Najib berkata, perbincangan boleh diadakan dengan PR jika pihak lawannya itu bersetuju untuk saling hormat menghormati dan akur kepada undang-undang dan sempadannya.
Amat jelas itu pelawaan Najib tidak ikhlas. Jika ingin berbincang, tidak perlu memberi syarat pihak saingan harus bersopan dan bertamadun. Ini kerana memang satu hakikat dan menjadi lumrah bahawa perbincangan hanya akan berlaku apabila adalah kesediaan untuk bersikap terbuka dan bersantun.
Apa sebenarnya yang cuba dilakukan Najib ialah mencabar Pakatan Rakyat. Dalam perkataan lain Najib mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin PR memang tidak bertamadun dan bersopan santun serta tidak menghormati undang-undang. Bagaimanapun jika kalian ingin duduk semeja dan berbincang dengan BN kalian perlu bertamadun dan hormati undang-undang!
Ini bukan pelawaan tapi herdikan politik! Pada permukaannya, Najib dengan digilap oleh media arus perdananya cuba menonjolkan imej seorang negarawan yang lebih mementingkan kesejahteraan rakyat. Bagaimanapun syarat yang diberikannya sebenarnya mendedahkan kesumat yang bersarang di hatinya.
Najib berharap dengan kenyataan itu, PR akan segera menolak usulnya kerana marah dengan sindiran Najib bahawa mereka kurang bertamadun. Sifir politik Najib terlalu mudah untuk menjadi umpan agar rakyat marah dan 'meluat' terhadap keengganan PR bekerjasama menyelesaikan isu politik Perak.
Selepas perbincangan segera di kalangan pimpinan PR, DSAI yang memang sudah maklum tahap pemikiran politik Najib, menyambut pelawaan Najib itu dengan meminta Perdana Menteri selama 41 hari itu menentukan bila dan di mana mesyuarat keamanan itu hendak diadakan.
Bagi DSAI membaca Najib tidak sukar. Oleh kerana keterbatasan pengalamannya memimpin, Najib yang selama ini 'diampu dan dibelai' kerjaya politiknya oleh individu yang banyak terhutang budi kepada Allahyarham bapanya dan juga 'pembodek' profesional, akan pasti mengambil langkah cetek seperti ini.
Sekarang Najib perlu nyatakan bila dan di mana. Persoalannya sanggupkah beliau menghadapi kelibat DSAI, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan barisan pemimpin muda berkaliber besar dalam saf PR?
Jika kilasan politik PR tidak cukup menjerat nafas politik Najib, strategi keduanya untuk mengalihkan tanggungjawab menentukan penyelesaian berkekalan krisis politik Perak ke bahu Sultan, nampaknya lebih menjerut imej dan juga nilai kepemimpinan Najib.
Dalam hal ini semua pemerhati politik faham hanya Sultan berkuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri. Jadi jika atas perkiraan apa jua, Sultan tidak mahu berbuat demikian, itu bukan salah Najib dan Barisan Nasional. Lantas, strategi Najib seterusnya ialah meyakinkan Sultan agar tidak usah bubar dewan!
Apakah Najib berfikir rakyat tidak ingat bagaimana Sultan boleh bersetuju melantik Zambry Kader sebagai Menteri Besar dan pada masa yang sama mengenepikan hakikat bahawa Menteri Besar yang sedia ada, Nizar Jamaladdin belum dan tidak meletak jawatan, selepas diberi 'nasihat' oleh Najib?
Congakan Najib ialah jika Dewan tidak dibubarkan ia adalah kerana Sultan. Biarlah rakyat marah pada Sultan asalkan kemarahan itu tidak disasarkan kepada dirinya dan BN.
Apa yang Najib tidak sedar kesilapan yang dilakukannya ialah, dengan mengatakan hanya Sultan yang berkuasa membubarkan Dewan, beliau sebenarnya sudah mengaku bahawa penyelesaian krisis Perak ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri. Cuma dalam premis pemikiran politiknya ialah, biarlah rakyat salahkan Sultan kerana tidak mahu menyelesaikan krisis ini.
Yang tidak mahu bubar Dewan Undangan Negeri bukan beliau dan BN. Maka, Najib berharap tidak timbullah persoalan beliau takut memimpin BN menghadapi pilihanraya negeri Perak walaupun mentor politiknya, Dr Mahathir Mohamad ada menyatakan bahawa Barisan Nasional akan kalah dalam pilihanraya negeri!
Jika Najib jujur dan yakin beliau tidak gentar dengan PR, beliau harus membuat kenyataan terbuka untuk menyokong usul dan sembah Nizar (yang memang sudah rasmi diiktiraf oleh Mahkamah Tinggi sebagai Menteri Besar yang sah) kepada Sultan supaya membubarkan Dewan.
Demi kebaikan kerjaya politiknya, Najib tidak perlu berselindung di sebalik singgahsana Sultan untuk mengalih pandangan rakyat kepada isu sebenar. Najib tidak harus menunggu hingga rakyat bangkit mencari siapa petualang yang menyorok di istana untuk mengkucar-kacirkan kehidupan mereka di Perak Darul Ridzuan. Apabila itu berlaku tidak ada manisnya berpolitik.
(TVA)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
15 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
May
(110)
- Tamparan Buat Najib
- Jangan Cuba Sabotaj Kempen PR
- Che GuBard Beri Keterangan Angkara Altantuya
- Bukti Konspirasi Badan Kehakiman
- Bangunan Jaya Supermarket Runtuh
- Keluar Beramai-Ramai Undi Calon PR
- AMK S'gor Dakwa Isu PKM Dipolitikkan
- PRK DUN Manek Urai 14 Julai
- ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?
- DSAI Saman Anifah RM100 Juta
- Penjelasan 2 Ahli MPT PKR
- PKR: Aminah Peralatkan 2 Kawan
- Raja Petra Diserang Bertubi-tubi
- Polis Beraksi Lagi!
- Tengku Mahkota Kelantan Dilantik Pemangku Raja
- Che Minah Dah Buat Gempar!
- VIDEO KEMPEN DI PENANTI 24 MEI
- Siri Lawak 'Badut Nasional'
- Sejak Merdeka, Hanya 3 Hakim Yang Berani
- Najib Kesal PR Sentiasa Memburuk Beliau Dan BN
- 'Rampasan Kuasa' Melanda PPP Pula?
- PKR Ambil Tindakan Wajar Terhadap Fitnah Jahat
- Ibu Pejabat DAP Diserbu Polis!
- Adakah Benar Wujudnya 'Musuh Dalam Selimut' Dalam ...
- Dr Mansor Seorang 'Pemikir Rakyat'
- Keputusan Mahkamah Rayuan Jerat Leher UMNO/BN
- PKR Hadapi 3 Calon Bebas Di N12 Penanti
- Ramalan Menjadi Kenyataan?
- Keputusan Yang 'Luar Biasa'
- Zambry Sah Sebagai MB (Haram) Perak!
- ADUN PAS (Manek Urai) Kembali Ke Rahmatullah
- Polis Dikecam Berlagak Seperti Negara Polis!
- Keputusan Rayuan Zambry 3.30 Ptg Esok
- 30 Julai Dengar Rayuan DSAI
- Nizar Di Mahkamah Rayuan Pagi Ini
- UMNO Ditalkinkan Di Sabah?
- Keputusan 'Rayuan Zambry' Esok
- DSAI Di Mahkamah Rayuan Esok
- Yakin Pilihanraya Perak Akan Jadi Kenyataan
- Nizar Kemuka Asas Pembubaran
- Masaalah Najib Semakin Bertambah
- 3 Alasan Najib Bacul Di Penanti
- Loceng Kematian UBN Menanti Di Penanti
- Zahid Kata DUN Perak Tak Perlu Dibubar
- DSAI Bagi Warning Kepada Anifah
- DUN Perak Bakal Dibubar Dalam Masa Terdekat?
- Video Amanat TGNA
- Najib Bakal Diturunkan Oleh Kawan Sendiri?
- Najib Tidak Dihormati Rakyat
- Sivakumar saman Ganesan
- SILAP MATA POLITIK NAJIB DAPAT DIBACA LAGI
- Zambry Ada Bakat Seorang 'Pelawak'
- Datuk Seri Nizar, "From May 13 to 1Malaysia"
- Ucapan DSAI, “From May 13 to 1Malaysia"
- PR Bersedia Temui Najib
- Pemimpin Parti Komponen BN Diseru Desak Bubar DUN ...
- Pusat Khidmat Pak Lah Dipecah Masuk
- Majlis Peguam: Mahkamah Bataskan Kuasa Zambry
- PPSMI - Hasil Dialog GMP Dan DSAI
- Public forum: From May 13 to 1Malaysia
- Mungkinkah Ini Satu Konspirasi?
- Najib 'Pewaris Terakhir' UBN?
- Suhakam Turut Gesa DUN Perak Dibubar!
- Nizar, Exco Hormat Keputusan Mahkamah
- Cara Najib Selesaikan Masaalah
- Zambry Masih Tak Mahu Menerima Kenyataan!
- Mahkamah Rayuan Dengan Segera Setuju Dengar Rayuan...
- Nizar Tiba Di Istana
- Mat Kris Didesak Letak Jawatan!
- Nizar Mula Bertugas Sebagai MB
- Mengenai Meeting Exco
- Nizar Mempengerusikan Meeting Exco Malam Ini
- Harapan Baru Mewarnai Negara
- Mahkamah Beri Sebab Nizar Masih MB
- Nizar Masih MB Perak
- Keputusan MB Perak Sah Petang Ini
- Malaysia Lebih Aman Damai Tanpa ISA Dan Akta Hasutan
- Najib! Jangan Anggap Rakyat Bodoh
- Pembebasan tahanan ISA, Bukti Reform BN?
- Polis, FRU Beraksi Lagi!
- Zambry Wira UMNO/BN?
- Krisis Terengganu Belum Reda?
- Peguam: Perak Tak Stabil Selagi Tiada Pilihanraya
- Manoharan dan 12 Tahanan ISA Akan Dibebaskan
- Prof Dr Aziz Bari Bidas UMNO/BN
- Apa Untungnya UMNO/BN Diatas Semua Ini?
- Senarai AP/ADUN Yang Ditahan Polis
- Perkembangan Di Ipoh
- Selesai Ataupun Semakin Rumit?
- Kehebatan Kerajaan Najib !
- Solat Hajat Tetap Diteruskan
- Najib Mula Tunjuk Kuku Besi
- Ayah Altantuya Mahukan Kebenaran
- Gani Patail Berniat Jahat
- Jurucakap Bersih Ditahan Polis !
- Dasar 'Satu Ahli Satu Undi' Atasi Gejala Politik Wang
- Bukti Reform Kerajaan Najib
- Sivakumar Bakal Gagalkan Perancangan UMNO/BN
- Pendedahan Raja Petra Kamarudin (RPK)
- Dilema Dan Fobia Najib
-
▼
May
(110)
No comments:
Post a Comment