" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

16 May 2009

DUN Perak Bakal Dibubar Dalam Masa Terdekat?

Satu pengumuman besar dijangka dibuat pihak istana Perak Isnin depan yang mungkin mampu mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan sejak 3 bulan lalu di Perak. Pengumuman itu mungkin ada kena mengena dengan desakan rakyat Perak yang mahukan mandat mereka dikembalikan untuk memilih kerajaan pilihan mereka.

Sekiranya ini berlaku Perak akan menyaksikan pilihan raya negeri pertama setelah PRU tahun lalu yang telah menyaksikan kemenangan memihak kepada PR (PR=31 kerusi / BN=28 kerusi).

Akibat daripada 'politik kotor' yang telah digunakan oleh UBN, 3 ADUN PR telah berjaya ditarik keluar daripada PR dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN bebas. Mereka hanya menyatakan sokongan kepada BN lalu kerajaan Perak bertukar tangan.

Beberapa perkembangan yang berlaku sejak kebelakangani ini juga mungkin mempengaruhi pihak istana untuk memperkenankan pembubaran DUN. Antara yang paling penting ialah senario persefahaman yang telah wujud di antara PR dan BN berkaitan jalan penyelesaian krisis politik Perak. Sekarang, terserahlah kepada Tuanku Sultan.

Walaupun Najib sebelum ini berkeras tidak mahu mengadakan pilihan raya baru negeri melalui pembubaran DUN namun kini beliau dilihat sudah berlembut dan mahu berdialog dengan PR. Bagi pihak PR pula, atas dasar mahu melihat penyelesaian kemelut politik tersebut diatasi secara aman, telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan BN tetapi prinsip pembubaran DUN tetap dipertahankan.

Ini kerana menurut DSAI, hak rakyat perlu dikembalikan semula jika amalan demokrasi sihat mahu diwujudkan di negera ini serta menolak budaya 'kedurjanaan politik'. Manakala Profesor Dr Abdul Aziz Bari pula berkata, "Sultan mempunyai 'kuasa khas' yang jarang digunakan yang membolehkan baginda membubarkan DUN selaku kedudukan sebagai Sultan.

Dalam keadaan di mana sesuatu keadaan itu tidak lagi boleh diselesaikan melalui kompromi politik dan juga proses perundangan, baginda Sultan boleh menggunakan 'reserve power' baginda untuk membubarkan Dewan tanpa merujuk kepada MB apatah lagi dalam keadaan di Perak sekarang yang mempunyai 2 penyandang jawatan".

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA