" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 May 2009

Nizar, Exco Hormat Keputusan Mahkamah

Krisis politik Perak tidak nampak jalan keluar dalam masa terdekat apabila MB Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exco PR mengosongkan pejabat mereka di Bangunan Perak Darul Ridzuan kurang 8 jam setelah melaporkan diri untuk bertugas semula.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tingggi semalam.

Antara tindakan awal Dr Zambry ialah membatalkan keputusan Nizar dan Exco menggantung Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Negeri dan mengekalkan semua keputusan BN yang dibuat sebelum ini.

Dalam reaksi beliau kepada keputusan Mahkamah Rayuan itu, Nizar berkata, "banyak persoalan kini timbul daripada keputusan itu antaranya apakah status keputusan Mahkamah Tinggi yang diumumkan semalam? Kita tetap berpegang kepada keputusan Mahkamah Tinggi dan saya masih MB yang sah. Keputusan Mahkamah Rayuan telah menimbulkan kekeliruan dan tidak membantu menyelesaikan kemelut politik negeri Perak.

Sebelum itu Nizar yang bertemu media di pejabat beliau untuk seketika sebelum bermesyuarat dengan beberapa pegawai tinggi kerajaan negeri Perak. Beliau berkata, "Satu2 penyelesaian kepada masalah yang berpanjangan ini ialah dengan membubarkan DUN Perak. Melalui pendekatan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri pilihan mereka sendiri sahajalah masalah krisis politik yang telah mengaitkan perlembagaan Perak dapat diselesaikan secara muktamad.


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA