Pusat Khidmat bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas dipecah masuk sekumpulan lelaki semalam. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub berkata kejadian yang dipercayai berlaku antara tengah malam hingga awal pagi semalam itu disedari oleh seorang pekerja di situ pada kira2 pukul 7 pagi semalam.Beliau berkata, "Pekerja yang hendak memulakan tugas di Pusat Khidmat BN Kepala Batas itu menyedari pejabat berkenaan dipecah masuk selepas melihat pintu terbuka dan keadaan berselerak di dalamnya. Hasil siasatan, polis menahan 5 lelaki berusia antara 15 dan 27 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Kesemua mereka ditahan di rumah mereka di sekitar Permatang Bertam, Kepala Batas di sini pada kira-kira pukul 11.30 malam tadi. Polis turut menemui semula beberapa barangan yang dilapor hilang daripada pusat khidmat berkenan termasuk set televisyen, sejumlah wang dan beberapa peralatan pejabat. Dengan penahanan dan penemuan semua barangan yang dilapor hilang itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh 24 jam".
No comments:
Post a Comment