Sebagai manusia biasa yang mempunyai perasaan kesian sesama insan, kita tentunya kadangkala berasa kesian terhadap PM Malaysia yang baru sahaja memegang jawatan selama 32 hari.
Macam mana tidak kesian kepada beliau. Sudahlah insan yang bernama Najib Razak tidak langsung dipeduli oleh pemimpin2 dunia. Semasa dilantik menjadi PM berapa kerat pemimpin dunia, sama ada Presiden atau PM yang mengutus surat tahniah kepada beliau. Yang ada terkonteng-konteng PM Singapura dan pemimpin kanan negara pulau itu serta beberapa duta dan perwakilan asing yang mengucapkan tahniah bagi pihak kerajaan mereka.
Beliau muncul dipersada politik sebagai PM Ke-6 dalam suasana senyap sunyi seolah-olah perlantikan beliau tidak mempunyai apa2 signifikan pada pandangan pemimpin dunia lain. Keadaan ini jauh berbeza dengan PM yang terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein (ayah Najib), Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi. Ucap tahniah mencurah-curah datang dari pelbagai cara seperti melalui panggilan talipon, faks, telegram, emel, surat, utusan peribadi dan sebagainya.
Kalau betul2 diperhatikan ianya memang menimbulkan perasaan kesian dan menyentuh kalbu mengenangkan nasib yang menimpa PM yang satu ini. Mana tidaknya, sebelum diangkat jadi PM lagi, macam2 perkara dikaitkan kepada beliau. Sewaktu menjadi menteri kabinet dalam tahun 1990an khabar angin bertiup kencang apabila namanya dikaitkan dengan seorang artis tempatan. Selepas penafian dibuat, perkara itu terus lenyap daripada radar media.
Tetapi ingatan manusia tidak mudah luput terutama apabila ia melibatkan berita sensasi. Semasa kempen PRK Bukit Gantang bulan lalu sekali lagi cerita lama ini diungkit malah siap dengan poster dan gambar artis itu sekali. Dahsyat sungguh memori silam yang manis kalau dicungkil kembali mampu menjadi mimpi ngeri.
Bukan sahaja pemimpin dunia seolah-olah memulau beliau malah media negara mereka mengata bermacam-macam pula terhadap Najib. Betul tak betul lain cerita. Yang menjadi inti perbahasan ialah tindakan mereka yang seakan tidak menghormati pemimpin tertinggi Malaysia. Tajuk utama laporan mereka ialah mengenai kematian mengerikan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu yang mayatnya dikatakan diletupkan menggunakan bahan ledakan ala C4 yang digunakan pihak tentera.
Dikatakan 19 akhbar Barat membuat laporan mengenai pembunuhan wanita itu dan yang paling sensasi, mereka mendakwa Najib ada kaitan dalam pembunuhan tersebut. Kaitan macam mana bacalah laporan2 itu tapi yang ketara media2 Barat ini menyerang Najib bertalu-talu atas isu ini. Lantas Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang menerajui kementerian terakhir dalam perjalanan karier politiknya terus menyerang balas media2 Barat demi mempertahankan bos beliau. Katanya media Barat mempunyai niat dan agenda jahat untuk menjatuhkan kerajaan.
Memang media Barat sentiasa dengkikan kita. Pelik juga bunyinya, tak pernah dengar laporan media mampu menguling mana2 kerajaan didunia ini, apatah lagi kerajaan UMNO/BN yang perkasa ini. Mungkin sebab itulah baru2 ini beliau menjamu warga blog yang sealiran dengan pemikirannya di sebuah restoran mewah bagi merangka strategi serangan balas, wallahualam.
Hari pertama beliau jadi PM seramai 13 belas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri dapat nikmat kebebasan setaraf dengan warganegara lain. Harakah dan Suara keadilan yang digantung permit penerbitan selama 3 bulan oleh mantan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar menghela nafas lega apabila penggantungan tersebut ditarik balik. Kedua-dua tindakan ehsan itu pun kena bantai juga. Dikatakan Najib cuba mengaburi mata rakyat dengan kebaikan sejengkalnya kalau dibandingkan dengan perbuatan khianatnya terhadap kerajaan negeri PR Perak. Sampai sekarang rakyat Perak merana angkara beliau. Bab ini rakyat tak kesian pada Najib.
Lepas itu beliau umum pula pasal wawasan 'Satu Malaysia' yang mahu tidak mahu menjadi pewaris kepada Islam Hadhari yang sudahpun menjadi arwah beberapa hari setelah Najib jadi PM. Itu pun kena hentam juga. Kata pengkritik Satu Malaysia, cakap tak serupa bikin. Contohnya PM cakap pasal menyatukan rakyat berbilang bangsa dan kaum tapi selang beberapa hari kemudian Utusan Malaysia milik parti PM melaungkan 'Bangkitkan Melayu' sebagai tajuk utama muka depan akhbar tersebut.
PM baru slogan pun mestilah baru juga. Maka berkumandanglah siang malam pagi petang dicorong udara dan peti televisyen petikan ucapan keramat Najib semasa mengumumkan barisan kabinet beliau, 'Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan'. Itulah 'hadis' ciptaan UMNO/BN yang akan menjadi 'agama' rasmi selama tempoh kerajaan Najib. Tup2, keluar gambar TPM, Muhyiddin Yassin menaiki Rolls Royce semasa menziarahi jenazah isteri Ketua Menteri Sarawak baru2 ini. Barulah rakyat sedar yang didahulukan bukan mereka tapi rakyat kelas kaya dan gerombolan kroni1 mereka.
Apa tidaknya sejak hari pertama menjadi pemimpin utama negara tidak habis2 beliau dibelasah kiri kanan oleh pelbagai pihak. Blok pembangkang sudah semestinya mencari sahaja kesilapan beliau dan akan membelasah beliau cukup2. Itu sememangnya menjadi adat resam pembangkang, tidak ada yang ganjil mengenai perkara ini. Malah menjadi tanggungjawab dan beban kepada pihak pembangkang untuk mengkritik mana2 dasar, perlakuan, perbuatan, polisi keputusan seseorang pemimpin atau kerajaan itu sendiri jika didapati ia berlawanan dengan kepentingan rakyat dan negara. Kalau tidak mengkritik pihak pembangkang pula akan dikritik.
Dalam tempoh 32 hari jadi PM, Najib berjaya memecah rekod yang tidak pernah dicapai oleh penjawat2 sebelumnya. Secara tradisi prestasi atau ketokohan seseorang pemimpin itu dinilai dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya. Kalau kepimpinannya terserlah seperti Presiden Obama maka pujian dan markah tinggilah diberi. Sebaliknya kalau prestasi bagai hidup segan mati tak mahu maka markah tercorotlah habuannya.
Kesian juga kepada Najib sebab sebelum 100 hari malah sepertiga daripadanya rakyat sudah tolak kepimpinan beliau. Contoh paling baik ialah kekalahan UMNO/BN dalam kesemua 4 PRK yang diadakan di Semenanjung Malaysia. Sekarang ini Penanti pula sedang menanti dan kemungkinan pula Kota Alam Shah atau mana2 lagi.
Mampukah Najib mengharungi mimpi ngeri yang sudah bertukar menjadi fobia baginya. PR sudahpun mengumumkan calonnya tapi UMNO/BN masih teraba-raba mencari keputusan muktamad sama ada mahu bertanding atau tidak.
Bukit Selambau ke Bukit Gantang
Singgah sebentar di Kuala Terengganu
Permatang Pauh sudah pun datang
Penanti pula sedia menunggu
Apa pun semua ini adalah ujian bagi Najib. Sama ada beliau lulus atau tidak ujian ini, bergantung kepada kesungguhan beliau. Elok juga beliau jenguk2 nasihat penasihat politiknya, Dr Mahathir yang menasihatkan agar anak didiknya itu membersihkan namanya daripada segala tohmahan yang dipalitkan kepada dirinya. Kalau tidak nasib Najib akan menjadi lebih kesian.
(TVA)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
05 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
May
(110)
- Tamparan Buat Najib
- Jangan Cuba Sabotaj Kempen PR
- Che GuBard Beri Keterangan Angkara Altantuya
- Bukti Konspirasi Badan Kehakiman
- Bangunan Jaya Supermarket Runtuh
- Keluar Beramai-Ramai Undi Calon PR
- AMK S'gor Dakwa Isu PKM Dipolitikkan
- PRK DUN Manek Urai 14 Julai
- ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?
- DSAI Saman Anifah RM100 Juta
- Penjelasan 2 Ahli MPT PKR
- PKR: Aminah Peralatkan 2 Kawan
- Raja Petra Diserang Bertubi-tubi
- Polis Beraksi Lagi!
- Tengku Mahkota Kelantan Dilantik Pemangku Raja
- Che Minah Dah Buat Gempar!
- VIDEO KEMPEN DI PENANTI 24 MEI
- Siri Lawak 'Badut Nasional'
- Sejak Merdeka, Hanya 3 Hakim Yang Berani
- Najib Kesal PR Sentiasa Memburuk Beliau Dan BN
- 'Rampasan Kuasa' Melanda PPP Pula?
- PKR Ambil Tindakan Wajar Terhadap Fitnah Jahat
- Ibu Pejabat DAP Diserbu Polis!
- Adakah Benar Wujudnya 'Musuh Dalam Selimut' Dalam ...
- Dr Mansor Seorang 'Pemikir Rakyat'
- Keputusan Mahkamah Rayuan Jerat Leher UMNO/BN
- PKR Hadapi 3 Calon Bebas Di N12 Penanti
- Ramalan Menjadi Kenyataan?
- Keputusan Yang 'Luar Biasa'
- Zambry Sah Sebagai MB (Haram) Perak!
- ADUN PAS (Manek Urai) Kembali Ke Rahmatullah
- Polis Dikecam Berlagak Seperti Negara Polis!
- Keputusan Rayuan Zambry 3.30 Ptg Esok
- 30 Julai Dengar Rayuan DSAI
- Nizar Di Mahkamah Rayuan Pagi Ini
- UMNO Ditalkinkan Di Sabah?
- Keputusan 'Rayuan Zambry' Esok
- DSAI Di Mahkamah Rayuan Esok
- Yakin Pilihanraya Perak Akan Jadi Kenyataan
- Nizar Kemuka Asas Pembubaran
- Masaalah Najib Semakin Bertambah
- 3 Alasan Najib Bacul Di Penanti
- Loceng Kematian UBN Menanti Di Penanti
- Zahid Kata DUN Perak Tak Perlu Dibubar
- DSAI Bagi Warning Kepada Anifah
- DUN Perak Bakal Dibubar Dalam Masa Terdekat?
- Video Amanat TGNA
- Najib Bakal Diturunkan Oleh Kawan Sendiri?
- Najib Tidak Dihormati Rakyat
- Sivakumar saman Ganesan
- SILAP MATA POLITIK NAJIB DAPAT DIBACA LAGI
- Zambry Ada Bakat Seorang 'Pelawak'
- Datuk Seri Nizar, "From May 13 to 1Malaysia"
- Ucapan DSAI, “From May 13 to 1Malaysia"
- PR Bersedia Temui Najib
- Pemimpin Parti Komponen BN Diseru Desak Bubar DUN ...
- Pusat Khidmat Pak Lah Dipecah Masuk
- Majlis Peguam: Mahkamah Bataskan Kuasa Zambry
- PPSMI - Hasil Dialog GMP Dan DSAI
- Public forum: From May 13 to 1Malaysia
- Mungkinkah Ini Satu Konspirasi?
- Najib 'Pewaris Terakhir' UBN?
- Suhakam Turut Gesa DUN Perak Dibubar!
- Nizar, Exco Hormat Keputusan Mahkamah
- Cara Najib Selesaikan Masaalah
- Zambry Masih Tak Mahu Menerima Kenyataan!
- Mahkamah Rayuan Dengan Segera Setuju Dengar Rayuan...
- Nizar Tiba Di Istana
- Mat Kris Didesak Letak Jawatan!
- Nizar Mula Bertugas Sebagai MB
- Mengenai Meeting Exco
- Nizar Mempengerusikan Meeting Exco Malam Ini
- Harapan Baru Mewarnai Negara
- Mahkamah Beri Sebab Nizar Masih MB
- Nizar Masih MB Perak
- Keputusan MB Perak Sah Petang Ini
- Malaysia Lebih Aman Damai Tanpa ISA Dan Akta Hasutan
- Najib! Jangan Anggap Rakyat Bodoh
- Pembebasan tahanan ISA, Bukti Reform BN?
- Polis, FRU Beraksi Lagi!
- Zambry Wira UMNO/BN?
- Krisis Terengganu Belum Reda?
- Peguam: Perak Tak Stabil Selagi Tiada Pilihanraya
- Manoharan dan 12 Tahanan ISA Akan Dibebaskan
- Prof Dr Aziz Bari Bidas UMNO/BN
- Apa Untungnya UMNO/BN Diatas Semua Ini?
- Senarai AP/ADUN Yang Ditahan Polis
- Perkembangan Di Ipoh
- Selesai Ataupun Semakin Rumit?
- Kehebatan Kerajaan Najib !
- Solat Hajat Tetap Diteruskan
- Najib Mula Tunjuk Kuku Besi
- Ayah Altantuya Mahukan Kebenaran
- Gani Patail Berniat Jahat
- Jurucakap Bersih Ditahan Polis !
- Dasar 'Satu Ahli Satu Undi' Atasi Gejala Politik Wang
- Bukti Reform Kerajaan Najib
- Sivakumar Bakal Gagalkan Perancangan UMNO/BN
- Pendedahan Raja Petra Kamarudin (RPK)
- Dilema Dan Fobia Najib
-
▼
May
(110)
No comments:
Post a Comment