Ketakutan Najib Razak sudah memuncak. Hari ini setelah penantian yang lama beliau membuat keputusan untuk tidak bertanding pada prk N12 Penanti. Keputusan itu bukannya sesuatu yang mengejutkan dan tidak disangka.
Dari awal Najib sudah membayangkan kemungkinan BN tidak menyertai PRK kali ini atas alasan tidak mahu membazirkan wang ringgit rakyat. Rakyat kebanyakan gelak ketawa apabila seorang PM mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa apatah lagi reaksi golongan rakyat yang berpendidikan apabila mendengar alasan sebegitu rupa.
Rakyat daripada semua lapisan umum tahu dan mengerti perkataan jimat adalah amat asing bagi UBN. BN mewakili projek mega, kronisma, nepotisma, pembaziran, penyelewengan, kerakusan, ketamakan dan segala sifat yang melampau. Jimat tidak ada dalam kamus UBN jadi apabila Najib kata hendak berjimat ia adalah satu pembohongan yang nyata.
Yang jelas Najib tidak sanggup lagi berhadapan dengan kekalahan demi kekalahan yang terpaksa diterima BN sejak tsunami politik pada PRU-12 tahun 2008. Kekalahan di Penanti bakal menunggu BN sekiranya ia bertanding tetapi hakikatnya BN sudah hilang selera untuk menerima kekalahan lagi.
Walaupun Penanti adalah dalam kawasan kubu kuat PR, tidak pernah dalam sejarah pilihan raya negara ini parti besar seperti BN menolak untuk masuk 'gelanggang bertarung' denganb lawan. Tapi di Penanti BN angkat bendera putih sejak awalan lagi. Memutuskan untuk tidak bertanding samalah seperti mengaku kalah.
Najib telah menghampakan ramai pihak dalam UBN. Pertama sudah tentu mentor politik beliau yang mahu BN bertanding di Penanti. Juga yang 'frust' termasuk Umno Bahagian Permatang Pauh yang mahukan kerusi tersebut untuk calonnya. Najib sanggup melukakan perasaan pendokong partinya demi menyelamatkan politik beliau.
Selain takut kalah faktor utama yang mencorakkan keputusan BN menarik diri dari Penanti ialah krisis politik Perak yang terus menerus menghantui Najib. Rampasan kuasa yang dirancang oleh Najib boleh diandaikan sebagai satu raksasa yang sudah terputus talinya dan kini berada diluar kawalan tuannya. Najib sudah kehabisan ide untuk mencari jalan menghalalkan kerajaan haram yang dibentuknya di bawah budak suruhan beliau, Zambry Abd Kadir.
Najib masih tercari-cari dalam kegelapan satu bentuk penyelesaian yang menguntungkan UBN tanpa mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri Perak. Berapa lama lagikah Najib boleh bertahan dan menolak desakan rakyat supaya DUN dibubarkan? Isu Perak telah memeningkan kepala Najib dan BN sehingga mendesak mereka untuk mengabaikan PRK Penanti.
Sekiranya tidak ada calon bebas yang mahu bertanding menentang calon PR Dr Mansor Othman, sudah tentu PRK Penanti akan menjadi 'walkover' bagi PR dan tidak payah SPR mengguna dana awam untuk menguruskan PRK ini. Tetapi inilah realiti sebuah sistem pemerintahan yang berteraskan demokrasi, suara rakyat berkuasa menentukan siapa pemimpin yang mereka mahu. UBN cuba mematikan api demokrasi yang hidup dalam sanubari rakyat dengan memperlecehkan pilihan raya bila mana peluang kemenangan tidak memihak kepada mereka.
Pilihan raya hanya penting kepada BN sekiranya ia boleh dimanipulasi semaksima mungkin dengan menggunakan SPR sebagai budak suruhan UBN akan bertindak bagai lembu yang dicucuk hidungnya, mengikut apa saja yang diingini oleh tuannya.
Lihat saja di Penanti, belum apa2 SPR sudah mengeluarkan arahan2 pelik yang ia sendiri tahu melanggar undang2 pilihan raya sedia ada. Larangan mendirikan pondok panas dan menghadkan jumlah penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon dikhaskan kepada PRK Penanti.
Di Bukit Selambau dan Bukit Gantang pula Kementerian Dalam Negeri diperkudakan UBN dengan melarang menimbulkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan mempersoalkan keputusan dibuat institusi Raja. Apa pun kekangan yang cuba diimplementasi oleh BN, rakyat akan tetap menang.
Kuasa rakyat tidak boleh diperkecilkan lagi. Apa yang BN mampu buat hanya melambatkan sedikit saat kematiannya ditangan rakyat dengan menyalahgunakan semua institusi demokrasi.Meskipun demikian putaran jam takdir UBN semakin laju mengejarnya dan loceng kematiannya akan berbunyi sedikit masa lagi.
(TVA)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
19 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
May
(110)
- Tamparan Buat Najib
- Jangan Cuba Sabotaj Kempen PR
- Che GuBard Beri Keterangan Angkara Altantuya
- Bukti Konspirasi Badan Kehakiman
- Bangunan Jaya Supermarket Runtuh
- Keluar Beramai-Ramai Undi Calon PR
- AMK S'gor Dakwa Isu PKM Dipolitikkan
- PRK DUN Manek Urai 14 Julai
- ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?
- DSAI Saman Anifah RM100 Juta
- Penjelasan 2 Ahli MPT PKR
- PKR: Aminah Peralatkan 2 Kawan
- Raja Petra Diserang Bertubi-tubi
- Polis Beraksi Lagi!
- Tengku Mahkota Kelantan Dilantik Pemangku Raja
- Che Minah Dah Buat Gempar!
- VIDEO KEMPEN DI PENANTI 24 MEI
- Siri Lawak 'Badut Nasional'
- Sejak Merdeka, Hanya 3 Hakim Yang Berani
- Najib Kesal PR Sentiasa Memburuk Beliau Dan BN
- 'Rampasan Kuasa' Melanda PPP Pula?
- PKR Ambil Tindakan Wajar Terhadap Fitnah Jahat
- Ibu Pejabat DAP Diserbu Polis!
- Adakah Benar Wujudnya 'Musuh Dalam Selimut' Dalam ...
- Dr Mansor Seorang 'Pemikir Rakyat'
- Keputusan Mahkamah Rayuan Jerat Leher UMNO/BN
- PKR Hadapi 3 Calon Bebas Di N12 Penanti
- Ramalan Menjadi Kenyataan?
- Keputusan Yang 'Luar Biasa'
- Zambry Sah Sebagai MB (Haram) Perak!
- ADUN PAS (Manek Urai) Kembali Ke Rahmatullah
- Polis Dikecam Berlagak Seperti Negara Polis!
- Keputusan Rayuan Zambry 3.30 Ptg Esok
- 30 Julai Dengar Rayuan DSAI
- Nizar Di Mahkamah Rayuan Pagi Ini
- UMNO Ditalkinkan Di Sabah?
- Keputusan 'Rayuan Zambry' Esok
- DSAI Di Mahkamah Rayuan Esok
- Yakin Pilihanraya Perak Akan Jadi Kenyataan
- Nizar Kemuka Asas Pembubaran
- Masaalah Najib Semakin Bertambah
- 3 Alasan Najib Bacul Di Penanti
- Loceng Kematian UBN Menanti Di Penanti
- Zahid Kata DUN Perak Tak Perlu Dibubar
- DSAI Bagi Warning Kepada Anifah
- DUN Perak Bakal Dibubar Dalam Masa Terdekat?
- Video Amanat TGNA
- Najib Bakal Diturunkan Oleh Kawan Sendiri?
- Najib Tidak Dihormati Rakyat
- Sivakumar saman Ganesan
- SILAP MATA POLITIK NAJIB DAPAT DIBACA LAGI
- Zambry Ada Bakat Seorang 'Pelawak'
- Datuk Seri Nizar, "From May 13 to 1Malaysia"
- Ucapan DSAI, “From May 13 to 1Malaysia"
- PR Bersedia Temui Najib
- Pemimpin Parti Komponen BN Diseru Desak Bubar DUN ...
- Pusat Khidmat Pak Lah Dipecah Masuk
- Majlis Peguam: Mahkamah Bataskan Kuasa Zambry
- PPSMI - Hasil Dialog GMP Dan DSAI
- Public forum: From May 13 to 1Malaysia
- Mungkinkah Ini Satu Konspirasi?
- Najib 'Pewaris Terakhir' UBN?
- Suhakam Turut Gesa DUN Perak Dibubar!
- Nizar, Exco Hormat Keputusan Mahkamah
- Cara Najib Selesaikan Masaalah
- Zambry Masih Tak Mahu Menerima Kenyataan!
- Mahkamah Rayuan Dengan Segera Setuju Dengar Rayuan...
- Nizar Tiba Di Istana
- Mat Kris Didesak Letak Jawatan!
- Nizar Mula Bertugas Sebagai MB
- Mengenai Meeting Exco
- Nizar Mempengerusikan Meeting Exco Malam Ini
- Harapan Baru Mewarnai Negara
- Mahkamah Beri Sebab Nizar Masih MB
- Nizar Masih MB Perak
- Keputusan MB Perak Sah Petang Ini
- Malaysia Lebih Aman Damai Tanpa ISA Dan Akta Hasutan
- Najib! Jangan Anggap Rakyat Bodoh
- Pembebasan tahanan ISA, Bukti Reform BN?
- Polis, FRU Beraksi Lagi!
- Zambry Wira UMNO/BN?
- Krisis Terengganu Belum Reda?
- Peguam: Perak Tak Stabil Selagi Tiada Pilihanraya
- Manoharan dan 12 Tahanan ISA Akan Dibebaskan
- Prof Dr Aziz Bari Bidas UMNO/BN
- Apa Untungnya UMNO/BN Diatas Semua Ini?
- Senarai AP/ADUN Yang Ditahan Polis
- Perkembangan Di Ipoh
- Selesai Ataupun Semakin Rumit?
- Kehebatan Kerajaan Najib !
- Solat Hajat Tetap Diteruskan
- Najib Mula Tunjuk Kuku Besi
- Ayah Altantuya Mahukan Kebenaran
- Gani Patail Berniat Jahat
- Jurucakap Bersih Ditahan Polis !
- Dasar 'Satu Ahli Satu Undi' Atasi Gejala Politik Wang
- Bukti Reform Kerajaan Najib
- Sivakumar Bakal Gagalkan Perancangan UMNO/BN
- Pendedahan Raja Petra Kamarudin (RPK)
- Dilema Dan Fobia Najib
-
▼
May
(110)
No comments:
Post a Comment