" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

20 May 2009

Keputusan 'Rayuan Zambry' Esok

Esok kita akan mendengar keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Rayuan mengenai penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi akibat daripada rayuan yang telah dibuat oleh Zambry (MB Haram Perak). Baru2 ini Mahkamah Tinggi telah mengesahkan bahawa Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Sebenarnya rakyat tidak begitu mengharap keputusan akan memihak kepada PR. Ini ekoran daripada 'keputusan segera' mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Zamry yang hanya didengar oleh seorang hakim dan mengambil masa 3 jam sahaja. Manakala rayuan yang dibuat oleh Nizar pula terpaksa mengambil masa 7 hari.

Sekiranya BN yang akan memenangi kes ini, Sistem Perundangan Malaysia akan ditertawakan oleh dunia buat kali yang ke-2 selepas daripada kes Liwat terhadap DSAI. Rakyat pula, semakin ramai yang akan meninggalkan BN dan akan menyokong PR.

Isu Perak sudah menjadi semakin 'besar'. Biarpun PR ataupun BN yang akan memenangi kes ini, DUN Perak bakal dibubarkan dalam masa terdekat......

1 comment:

Anonymous said...

ZAM A K akan menang. Yang kita ada mahkamah kanggarooooo.Dun tidak akan dibubarkan dan bee end akan menghalalkan kerajaan back side yang dibentuk dengan dengan katak kurap yang menjadi jutawan segera.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA