" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

25 May 2009

Sejak Merdeka, Hanya 3 Hakim Yang Berani

Profesor Dr Abdul Aziz Bari

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Khamis lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan. Tetapi, penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada 3 orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat. Itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat.

Keputusan2 yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes
-Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966),
-Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986)
-Nizar Jamaluddin di Perak (2008).

Sejak Februari lalu, kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi UMNO termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1). Ertinya, kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan.

Meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.

Saya berasa aneh, mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya. Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi.

Keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan. Didalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya.

Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa MB yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.

Memang diakui, ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. Tetapi itu di dalam keadaan MB yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku, malahan Nizar bersedia menghadapinya.

Umumnya, keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambil-alih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan.

Saya tidak bersetuju dengan para peguam UMNO yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak. Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak, ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif.

1 comment:

Anak Perelih said...

Keputusan ini juga bermakna, NAJIB boleh diturunkan daripada menjadi PM tanpa sidang Parlimen... yang bermakna kerja untuk merampas MAlaysia dari BN jadi lebih senang.... Apa yang perlu dilakukan adalah untuk membawa 30 orang MP B yang nak melompat mengadap DYMM Agong dan kemudian istihar Anwar menjadi PM... seperti apa yang dilakukan oleh Najib di Perak... hahaha senjata BN bakal makan tuan.... Banyak MP BN yang tidak puas hati dengan Najib ni... bunga bunga dah keluar di Perlis dimana tak puas hati dengan MB, mereka keluar parti...

Kalau Cambry mahu bubar dun lepas ni.. OK la.. sebab 51 tahun bn perintah lagikan PR boleh ambil Perak.. inikan selepas hampir 1 tahun PR pernah perintah Perak... Rakyat boleh menilai.. ditambah lagi dengan krisis ini yang membuatkan rakyat muak dengan BN. anyway.. kalau Zambry tak nak mohon Sultan bubar DUN.. Zambry, Najib dan BN/UMNO akan dilihat sebagai gila kuasa dan makin ramai orang benci BN... ianya bagus untuk PR semasa PRU13 nanti.... mungkin DUN Pangkor pun dapat kat PR.

P.s.. sebab apa Zambry mahu jual Camry exco...?? Zambry tak nak pakai Camry sebab sama dengan nama dia... Camry buang C, ganti dengan Z.. jadilah Zamry... nanti orang perak kata "exco pakai zamry" atau "exco naik Zamry" atau "exco guna zamry"... heheh sebab tu dia nak lelong Zamry tu...... eh silap.. Camry.... hehehhe

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA