" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 May 2009

Polis, FRU Beraksi Lagi!

Kerana takutkan tsunami politik ke-2 selepas insiden keganasan polis di dalam dewan Persidangan DUN Perak 2 hari lalu, BN mengarahkan lebih 50 anggota polis dan anggota FRU untuk menceroboh tapak sambutan ulangtahun ke 10 PKR di Tasik Puteri, Rawang serta membatalkan permit bagi mengadakan acara tersebut.

Majlis itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengasas Cawangan Tasik Puteri serta mendapat sokongan kerajaan negeri Selangor. Mengikut aturcara sambutan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub, Exco Selangor Yaakob Sapari serta pimpinan PR dijangka hadir pada sebelah malam.

Program sambutan dijadualkan bermula pukul 2 petang dan lebih 10,000 penyokong PR dijangka membanjiri Tasik Puteri untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan ulangtahun ke-10 PKR yang diasaskan pada April 1999.

Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulangtahun ke 10 PKR, Wan Jusoh Wan Kolok berkata, "pihak polis telah meluluskan permit untuk mengadakan acara tersebut pada 5 Mei lalu tetapi telah membatalkannya atas alasan yang tidak munasabah.

Kini mereka paksa kami pindahkan acara tersebut pada saat akhir ke stadium di Selayang dan ini merupakan satu bentuk penindasan dan kezaliman terhadapan kebebasan rakyat untuk mengadakan aktiviti sosial dan kegiatan politik.

Mungkin mereka takut rakyat akan mendapat maklumat dan penjelasan daripada pimpinan PKR dan PR mengenai keganasan polis dalam DUN Perak baru2 ini.

Tambah beliau anggota FRU yang muncul di tapak acara sambutan dengan diiringi anggota polis daripada IPD Gombak telah merampas bendera, kain rentang serta mengenakan sekatan jalan raya di kawasan sekitar Tasik Puteri menuju ke tempat di mana sambutan tersebut diadakan.

Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang juga turut terlibat membuat rampasan dan menggagalkan acara tersebut walaupun ia mendapat dokongan kerajaan negeri.

Menurut salah seorang anggota penguatkuasa arahan telah dikeluarkan oleh Setiausaha MPS. Ini menimbulkan kesangsian sama ada MPS yang di bawah kuasa kerajaan negeri tidak menghormati dasar pemerintahan kerajaan negeri PR tetapi sebaliknya lebih cenderung kepada UMNO/BN.

Peniaga yang telah siap sedia untuk memulakan perniagaan mereka juga telah diarahkan pulang dan hampir 50 gerai juga diarah tutup. Polis juga memberi amaran akan menangkap sesiapa sahaja termasuk pemimpin PR sekiranya program sambutan ini diadakan juga.

Saya dan jawatankuasa sambutan akan mengadakan satu sidang akhbar di Tasik Puteri pukul 5 petang untuk menjelaskan pembatalan sambutan itu".

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA