
Beliau menyambut baik kenyataan Setiausaha Agung Gerakan dan Timbalan Presiden MCA yang mencerminkan kehendak rakyat supaya DUN Perak dibubarkan tetapi kenyataan mereka hanya berbentuk peribadi dan bukan pendirian parti. Jonson berkata,
"Adakah pemimpin parti2 komponen BN mempunyai pendirian moral untuk menyuarakan sikap rasmi parti mereka walaupun ia mungkin berlawanan dengan dasar PM atau Umno? Pada masa yang sama bagaimana pula dengan pendirian presiden Gerakan? Adakah beliau mampu membuat pendirian rasmi partinya.
Persoalan yang timbul adakah parti2 komponen BN dianggap sama taraf atau mereka hanya rakan kongsi biasa yang terpaksa tunduk kepada rakan kongsi kanan iaitu Umno?. Saya berharap semua pemimpin BN akan bersikap telus kepada rakyat dan mendesak pucuk pimpinan BN supaya membubarkan DUN Perak".
No comments:
Post a Comment