" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 May 2009

Dasar 'Satu Ahli Satu Undi' Atasi Gejala Politik Wang

Parti KeADILan Rakyat (PKR) menjadi perintis kepada hala tuju parti2 politik di Asia, apabila bertindak meminda Perlembagaan Parti untuk melaksanakan dasar 'Setiap Ahli Satu Undi', menggantikan sistem perwakilan dalam pemilihan pimpinan tertinggi.

Pindaan yang akan dibuat semasa Kongres Nasional Khas Jun ini, bertujuan memberi peluang kepada setiap ahli untuk melibatkan diri dalam proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat Parti yang menentukan jatuh bangun parti mereka di masa hadapan.

Dasar baru yang dilaksanakan ini diharap dapat mengekang gejala politik wang dalam PKR dan pada masa yang sama memberi ruang kepada muka2 baru untuk turut serta berjuang di barisan hadapan.

Antara perubahan lain yang dirangka adalah :-

- Had tempoh seseorang pemimpin memegang sesuatu jawatan hendaklah tidak melebihi 3 penggal.

- Melaksanakan penglibatan minima 30 peratus wanita di semua peringkat kepimpinan.

- Tatacara pemilihan dan perlantikan pemimpin dikemaskini agar lebih telus.

- Fasal2 berkaitan jati diri dan disiplin ahli diperketatkan.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA