
Beliau berkata ADUN Titi Serong itu telah menunjukkan sikap yang menjijikkan, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama dengan membuat tuduhan keterlaluan dan melampau. Entri berkenaan berbunyi 'Kenyataan Media Adun Titi Serong' dalam blog idhamlim.blogspot.com.
YB Khalil Idham pula telah memberi penjelasan yang segera. Beliau berkata, "saya bukan orang yang mudah mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti dan alasan yanag kukuh. Oleh itu dalam persoalan ini saya mengulangi sekali lagi pendirian bahawa Dewan Negeri telah dimasuki oleh 'Bomoh' dan saya mempersoalkan pihak yang bertanggung jawab kepada dewan negeri pada masa ini.
Selain itu saya tidak berhajat menyeret mufti sebagai diberitakan 'Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap Adun Titi Serong tersebut yang turut mengheret Mufti Perak yang sebelum ini dihina oleh pembangkang dalam entri berkenaan'.
Kalau di Bukit Gantang Mufti sangat cepat mengeluarkan pandangan mengenai hukum orang bukan Islam baca Quran, apalah salah saya kalau saya meminta mufti mengeluarkan pendapatnya menurut hukum Islam kalau Dewan sampai di jampi sedemikian rupa".
Rakyat memang dah sah membenci cara puaka2 UBN gunakan. Tak payah duk perasan dengan cara ini baru rakyat membenci kamu...!!!! Dasar tak sedar diri..... Kamu je berminat dengan cara bomoh2 nihhh........
No comments:
Post a Comment