
Beliau berkata, “Statistik pengangguran dalam negara melonjak melebihi 100,000 orang dan angka tersebut dijangka meningkat dari masa ke semasa. Pengangguran adalah fenomena yang jika gagal diatasi dengan efisyen bakal meletakkan negara ini ke kancah yang lebih mudarat, justeru PKR sentiasa meletakkan kebajikan golongan pekerja sebagai keutamaan dalam dasar parti.
PKR mendesak agar Kerajaan Persekutuan turut melaksanakan sistem ini dengan memusatkan data pengangguran dan menawarkan perkhidmatan cari kerja kepada pekerja yang hilang pekerjaan. Kita juga mendesak diwujudkan Tabung Bantuan Penangguran melalui dana Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilancarkan; dan memperkenalkan kadar gaji minima golongan pekerja kepada sekurang-kurangnya pada kadar RM1000 sebulan.”
No comments:
Post a Comment