" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 May 2009

Peguam: Perak Tak Stabil Selagi Tiada Pilihanraya

Bekas Presiden Majlis Peguam, P.Cumaraswamy berkata, kekecohan di DUN Perak semalam adalah amat memalukan untuk sebuah negeri di bawah naungan seorang Sultan yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara.

Sultan Azlan Shah telah berpeluang mengelak segala kekecohan ini jika baginda telah membubarkan dewan dan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang baru, selaras dengan prinsip demokrasi. Istana tidak hanya harus bebas dari campurtangan dalam politik tetapi mesti juga dilihat sebagai berbuat demikian.

BN telah bertindak dengan tergesa-gesa mengadakan sidang DUN itu walaupun pertikaian siapa MB yang sah belum diputuskan oleh mahkamah. Bagaimana jika Isnin ini, mahkamah memutuskan Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah MB sah?

Dan jika Zambry pula dilantik, sudah tentu tanggapan yang timbul ialah keputusan itu dipengaruhi oleh sidang dewan berkenaan. Kekecohan semalam membuktikan kestabilan politik tidak mungkin kembali ke Perak selagi Sultan tidak membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri di adakan.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA