" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 May 2009

Nizar Mula Bertugas Sebagai MB

MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin pagi ini masuk ke pejabat beliau di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh untuk memulakan tugas sebagai ketua kerajaan negeri yang sah.

Beliau dan beberapa Exco Kerajaan Negeri dan Speaker V. Sivakumar tiba di bangunan itu kira2 pukul 7.30 pagi. Puluhan polis anti-rusuhan dikerah di bangunan berkenaan namun Nizar dan barisan Exconya setakat ini tidak menghadapi sebarang kekangan daripada pihak berkuasa.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah dan bukan Zambry Kadir dari UMNO. Keputusan itu membuka laluan jelas untuk mengembalikan kestabilan politik ke Perak setelah BN melancarkan rampasan kuasa awal tahun ini.

Nizar dijangka menghadap Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah hari ini. MB itu berkata beliau akan memohon perkenan istana untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan..


No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA