" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 May 2009

Nizar Tiba Di Istana

Pengumuman ketibaan MB Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Balai Rong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar memeranjat semua tetamu dan dif kehormat di majlis penganugerahan darjah kebesaran dan pingar sempena keputeraan Sultan Azlan Shah pagi tadi.

Beliau yang tiba bersama isteri, Datin Seri Fatimah Taat pukul 9.10 pagi tadi kemudian dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuk Menteri Besar dan pembesar-pembesar kanan negeri.

Ketibaan beliau sebagai MB mungkin tidak dijangka oleh tetamu kerana menjangkakan yang dijemput ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir pada majlis itu barisan Exco daripada PR termasuk Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham. Walau bagaimanpun Datuk Seri Dr Zambry dan enam Exco BN yang baru mengosongkan jawatan mereka semalam dan bilik masing2 di Bangunan Perak Darul Ridzuan tidak kelihatan.

Suasana di Balai Rong Seri yang sama itu mengimbau kembali majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor sebagai jawatan MB 6 Februari dihadapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Perlantikan beliau menandakan bermulanya krisis politik yang amat getir bagi negeri Perak yang berterusan sehingga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengesahkan keabsahan Datuk Seri Nizar sebagai MB yang sah sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut pada 13 Mach 2008.

Lebih 286 penerima darjah kebesaran dan pingat hadir pada majlis tersebut hari ini.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA