" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 May 2009

Sivakumar saman Ganesan

Speaker DUN Perak, V Sivakumar pagi tadi memfailkan saman terhadap Speaker haram lantikan BN, Datuk R. Ganesan kerana tindakan yang dikatakan menghina beliau dan ekoran dikurung semasa semasa sidang DUN Perak 7 Mei lalu. Sivakumar memfailkan saman itu pada pukul 11.45 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Semasa kekecohan sidang DUN yang dipanggil oleh BN, beliau yang juga ADUN Tronoh telah diheret dan dikurung di dalam bilik setor selama sejam oleh individu2 yang dipercayai anggota polis. Sivakumar memohon perintah mahkamah terhadap Speaker baru yang dilantik oleh BN, Datuk R Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas.

Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan.

Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan/atau ejen atau pesuruhnya.

Media melaporkan terdapat kira-kira 100 orang yang tidak dikenali yang berpakaian lengan panjang dan bertali leher yang memasuki Dewan secara misteri dan terbabit dalam huru hara semasa sidang tersebut.

1 comment:

Prof. Era Pasca said...

saman shj mereka nih... kalau tak lut makamah malaysia saman guna makamah antarabangsa... makamah antafrabangsa tk dicontrol oleh najis..

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA