UPDATE: 6.10pm-300 Anggota Polis Ceroboh DUN Perak
Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs Idham Lim mendakwa lebih daripada 300 anngota polis berpakaian seragam dan preman mencerobah ke dalam Dewan Undangan Negeri dan menimbulkan kekecohan.
Beliau juga mendakwa anggota polis yang menyeludup masuk ke DUN Perak jugalah antara yang berperanan menyeret Speaker V. Sivakumar semasa berlaku kekecohan apabila Barisan Nasional cuba melantik secara haram Datuk R. Ganesan sebagai Speaker baru.
berita sebelumnya.....
"Satu malapetaka dan pencabulan hak oleh pihak yang tidak sepatutnya hadir dalam Sidang DUN tapi kali ini bila lebih 300 anggota polis berpakaian seragam dan tidak, diarah oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mengundang kekecohan Sidang DUN hari ini. Saya sendiri terserempak dengan segerombolan mereka yang sedang mengadakan 'rowcall' atau perbarisan tugas di lantai bawah berhampiran tempat letak kereta sebentar tadi. Merekalah antara yang berpakaian biasa yang masuk dan menganggu persidangan sehingga menimbulkan kekecohan yang tidak sepatutnya.
Selain itu merekalah yang mengusung dan menyeret Speaker Sivakumar keluar dan dikurung di sebuah bilik rahsia yang mengikut maklumat awal adalah stor. Inilah demokrasi yang tercemar di Perak hari ini. Sejarah pertama sebuah Dewan telah diceroboh oleh begitu ramai pegawai keselamatan. Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya menyalahkan orang yang mengarahkan mereka bertugas di tempat yang tidak sepatutnya," kata Idham dalam blognya.
Usul Ditolak, Ganesan Speaker Haram
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar berkata beliau tidak mengiktirafkan Datuk R. Ganesan sebagai Speaker baru kerana usul perlantikan beliau telah ditolak. Berikut ialah kenyataan ringkas beliau kepada media hari ini:
"Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker. Saya di bawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali. Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya. Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari. Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan. Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain ke atas kuasa Speaker".
Dato' Seri Nizar Mohon Bubar DUN Secepat Mungkin
MB PR, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata beliau akan mengadap Sultan Azlan Shah dalam masa terdekat untuk memohon perkenan bubarkan DUN Perak. Beliau berkata dalam sidang akhbar sebentar tadi hubungan beliau dengan pihak istana adalah baik dan akan menggunakan keakraban ini untuk memohon mengadap bagi mendapatkan perkenan Sultan membubarkan DUN.
-Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira2 setengah jam. Sidang DUN Perak hari ini ditangguhkan.
-V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.
-Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk kedewan ahli2 yang Berhormat PR Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa. Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka. Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk dikerusi masing2 untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.
Sebelum Sidang bermula sekalai DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yangt beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.
Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian. Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali. Speaker baru, Ganesan menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan. Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.
Seramai hampir 70 orang ditahan di Balai Polis Sungai Senam. Hampir sepuluh peguam sudah berada disini termasuk Karpal Singh, Kulasegara, Madzi Hasan dan lain-lainnya. Di hadapan balai, penyokong2 PR menunjuk perasaan dengan mempamirkan slogan '1Black Malaysia'.
Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini di luar dewan. Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya.
Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, menunjukkan sekeping wang RM50 kepada Ganesan, speaker baru lantikan BN. Hee Yit Foong, Timbalan Speaker DUN Perak, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya. Thomas kemudian berkata kepada Hee bahawa ADUN Jelapang itu tidak berminat dengan jumlah wang yang kecil. Wakil2 rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN PR.
ADUN Titi Serong, Drs Idham Lim berkata beliau terpaksa ke tandas hari ini berbekalkan sebotol air mineral bila dimaklumkan oleh teman-teman semacam air dicatu bila tandas dah tidak ada air. Beliau tidak pasti kenapa ini boleh berlaku, dan tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Drs Idham Lim berkata sejak 3 sidang DUN sejak awal kemenangan PR Di Perak tahun 2008 dulu air ditandas tidak pernah kering. Adakah ini juga sabotah kepada kami ADUN seperti pembesar suara speaker yang sudah tidak berfungsi tanya beliau.
Walau bagaimanapun Sivakumar masih tidak berganjak dari kerusi speaker.
Ganesan sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatan yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan 'Ular' sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.
Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi. Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.
Speaker V. Sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu dia berulang kali tanpa menggunakan pembesar suara, mengarahkan Ganesan keluar dari Dewan.
Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan Setiausaha MIC Perak, tetap berdegil dengan pendiriannya tidak mahu meninggalkan Dewan dan terus duduk dikerusinya.
Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi telah dihalang oleh ADUN PR. Pergaduhan hampir berlaku antara sorang ADUN BN dan ADUN PR. Dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya. Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.
(Sumber dari TVA)
" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?
07 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2009
(1348)
-
▼
May
(110)
- Tamparan Buat Najib
- Jangan Cuba Sabotaj Kempen PR
- Che GuBard Beri Keterangan Angkara Altantuya
- Bukti Konspirasi Badan Kehakiman
- Bangunan Jaya Supermarket Runtuh
- Keluar Beramai-Ramai Undi Calon PR
- AMK S'gor Dakwa Isu PKM Dipolitikkan
- PRK DUN Manek Urai 14 Julai
- ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?
- DSAI Saman Anifah RM100 Juta
- Penjelasan 2 Ahli MPT PKR
- PKR: Aminah Peralatkan 2 Kawan
- Raja Petra Diserang Bertubi-tubi
- Polis Beraksi Lagi!
- Tengku Mahkota Kelantan Dilantik Pemangku Raja
- Che Minah Dah Buat Gempar!
- VIDEO KEMPEN DI PENANTI 24 MEI
- Siri Lawak 'Badut Nasional'
- Sejak Merdeka, Hanya 3 Hakim Yang Berani
- Najib Kesal PR Sentiasa Memburuk Beliau Dan BN
- 'Rampasan Kuasa' Melanda PPP Pula?
- PKR Ambil Tindakan Wajar Terhadap Fitnah Jahat
- Ibu Pejabat DAP Diserbu Polis!
- Adakah Benar Wujudnya 'Musuh Dalam Selimut' Dalam ...
- Dr Mansor Seorang 'Pemikir Rakyat'
- Keputusan Mahkamah Rayuan Jerat Leher UMNO/BN
- PKR Hadapi 3 Calon Bebas Di N12 Penanti
- Ramalan Menjadi Kenyataan?
- Keputusan Yang 'Luar Biasa'
- Zambry Sah Sebagai MB (Haram) Perak!
- ADUN PAS (Manek Urai) Kembali Ke Rahmatullah
- Polis Dikecam Berlagak Seperti Negara Polis!
- Keputusan Rayuan Zambry 3.30 Ptg Esok
- 30 Julai Dengar Rayuan DSAI
- Nizar Di Mahkamah Rayuan Pagi Ini
- UMNO Ditalkinkan Di Sabah?
- Keputusan 'Rayuan Zambry' Esok
- DSAI Di Mahkamah Rayuan Esok
- Yakin Pilihanraya Perak Akan Jadi Kenyataan
- Nizar Kemuka Asas Pembubaran
- Masaalah Najib Semakin Bertambah
- 3 Alasan Najib Bacul Di Penanti
- Loceng Kematian UBN Menanti Di Penanti
- Zahid Kata DUN Perak Tak Perlu Dibubar
- DSAI Bagi Warning Kepada Anifah
- DUN Perak Bakal Dibubar Dalam Masa Terdekat?
- Video Amanat TGNA
- Najib Bakal Diturunkan Oleh Kawan Sendiri?
- Najib Tidak Dihormati Rakyat
- Sivakumar saman Ganesan
- SILAP MATA POLITIK NAJIB DAPAT DIBACA LAGI
- Zambry Ada Bakat Seorang 'Pelawak'
- Datuk Seri Nizar, "From May 13 to 1Malaysia"
- Ucapan DSAI, “From May 13 to 1Malaysia"
- PR Bersedia Temui Najib
- Pemimpin Parti Komponen BN Diseru Desak Bubar DUN ...
- Pusat Khidmat Pak Lah Dipecah Masuk
- Majlis Peguam: Mahkamah Bataskan Kuasa Zambry
- PPSMI - Hasil Dialog GMP Dan DSAI
- Public forum: From May 13 to 1Malaysia
- Mungkinkah Ini Satu Konspirasi?
- Najib 'Pewaris Terakhir' UBN?
- Suhakam Turut Gesa DUN Perak Dibubar!
- Nizar, Exco Hormat Keputusan Mahkamah
- Cara Najib Selesaikan Masaalah
- Zambry Masih Tak Mahu Menerima Kenyataan!
- Mahkamah Rayuan Dengan Segera Setuju Dengar Rayuan...
- Nizar Tiba Di Istana
- Mat Kris Didesak Letak Jawatan!
- Nizar Mula Bertugas Sebagai MB
- Mengenai Meeting Exco
- Nizar Mempengerusikan Meeting Exco Malam Ini
- Harapan Baru Mewarnai Negara
- Mahkamah Beri Sebab Nizar Masih MB
- Nizar Masih MB Perak
- Keputusan MB Perak Sah Petang Ini
- Malaysia Lebih Aman Damai Tanpa ISA Dan Akta Hasutan
- Najib! Jangan Anggap Rakyat Bodoh
- Pembebasan tahanan ISA, Bukti Reform BN?
- Polis, FRU Beraksi Lagi!
- Zambry Wira UMNO/BN?
- Krisis Terengganu Belum Reda?
- Peguam: Perak Tak Stabil Selagi Tiada Pilihanraya
- Manoharan dan 12 Tahanan ISA Akan Dibebaskan
- Prof Dr Aziz Bari Bidas UMNO/BN
- Apa Untungnya UMNO/BN Diatas Semua Ini?
- Senarai AP/ADUN Yang Ditahan Polis
- Perkembangan Di Ipoh
- Selesai Ataupun Semakin Rumit?
- Kehebatan Kerajaan Najib !
- Solat Hajat Tetap Diteruskan
- Najib Mula Tunjuk Kuku Besi
- Ayah Altantuya Mahukan Kebenaran
- Gani Patail Berniat Jahat
- Jurucakap Bersih Ditahan Polis !
- Dasar 'Satu Ahli Satu Undi' Atasi Gejala Politik Wang
- Bukti Reform Kerajaan Najib
- Sivakumar Bakal Gagalkan Perancangan UMNO/BN
- Pendedahan Raja Petra Kamarudin (RPK)
- Dilema Dan Fobia Najib
-
▼
May
(110)
No comments:
Post a Comment