UPDATE: Sehingga ke jam 10.45 malam ini, 2 telah di laporkan meniggal dunia dan 5 orang masih lagi terperangkap. Seorang mangsa telah di selamatkan pada jam 6 petang tadi dan di bawa terus ke Hospital Universiti. Namun mangsa ketiga yang berjaya di keluarkan pada jam 6.45 petang telah meninggal dunia sejurus selepas itu. Mayat ke 2 pula dikeluarkan pada jam 10.30 malam tadi. Dilapurkan terdapat 9 kakitangan, kesemuanya adalah warga Indonesia ketika bangunan itu runtuh pada jam 4.45 petang.Sebelumnya:
Seorang pekerja mati tertimbus manakala sekurang-kurangnya enam orang terperangkap di bawah runtuhan bangunan lama pusat membeli-belah utama Jaya Supermarket di Seksyen 14, Petaling Jaya. Kejadian berlaku ketika operasi meruntuhkan bangunan itu bertukar tragedi petang tadi. Bangunan berkenaan diruntuhkan untuk diganti dengan projek pembinaan baru.
Bomba menerima panggilan pada pukul 5.08 petang dan tiba di tempat kejadian 3 minit kemudian. Kira2 100 anggota Jabatan Pertahanan Awam terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap.
No comments:
Post a Comment