Sekatan polis yang melampau menunjukkan polis masih lagi diperkudakan untuk menjaga kepentingan BN. Setakat ini sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuklah ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.
Lebih kurang jam 8:30 pagi tadi, MB PR Mohamad Nizar dan semua ADUN mereka telah masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Gambar sebelah kanan adalah kenderaan yang membawa MB PR.
Adakah krisis politik Perak akan menemui titik akhir atau ianya akan membawa satu lagi detik yang akan merumitkan krisis ini? Dalam sejarah 5 dekad DUN Perak, ini kali pertama sidang Dewan mendapat tumpuan meluas banyak pihak dari dalam dan luar negara.
Malah buat kali pertama, lebih 100 wartawan memohon untuk mendapatkan pas khas liputan di sebalik keputusan awal sekretariat SUK yang mahu menghadkan bilangan kehadiran media atas alasan batasan ruang dalam Dewan.
Di sebalik perasmian sidang DUN hari ini, banyak pihak menimbulkan persoalan dan ingin melihat perkembangan2 susulan dari dekat tentang beberapa isu. Sebelum ini, pelbagai spekulasi ditimbulkan. Sama2lah kita tunggu.....
No comments:
Post a Comment