" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

01 May 2009

Lebih Baik BN Letak Keldai Di Kerusi Speaker

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menyifatkan tindakan kerajaan kudeta pimpinan Dr Zambry Abd Kadir membelakangi hak dan bidang kuasa beliau menentukan sidang DUN sebagai bukti keangkuhan Umno dan Barisan Nasional.

"Jika Speaker Dewan Negeri tidak berhak dan mempunyai kuasa untuk menentukan agenda persidangan, apa gunanya jawatan Speaker ini? Jika jawatan Speaker sudah tidak dihormati lagi, bawa dan letakkan seekor keldai di kerusi Speaker supaya Zambry boleh membuat apa jua kehendak hatinya," kata Sivakumar dalam blognya, suaraperak.

Kerajaan kudeta pimpinan Dr Zambry Abd Kadir berkeras mahu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri mulai 7 Mei depan walaupun masih banyak persoalan perundangan berhubung keabsahan beliau sebagai Menteri Besar dan lain-lain isu masih belum diselesaikan di peringkat mahkamah.

Persoalan sama ada tarikh memanggil sidang DUN tersebut sudah diperkenan oleh Sultan Perak juga masih diawang-awangan. Apatah lagi prosedur memanggil mesyuarat juga tidak mengikut peraturan yang lazim diikuti kerana tiada perbincangan dengan Speaker, V. Sivakumar diadakan.

Malah dalam agenda yang disiarkan dalam blog beliau, suaraperak, calon pilihan umno/BN sudah pun ada iaitu Datuk R.Ganesan, bekas Ahli Dewan Undangan Sungkai.

Media pun menjadi mangsa dengan disekat memasuki DUN untuk membuat liputan perjalanan persidangan kecuali beberapa "media utama" (baca: media pro-Umno/Barisan Nasional) sahaja dibenarkan masuk.

Semua peraturan dan norma yang berkaitan rancangan memanggil sidang DUN dilanggar dan dicerobohi Umno dan BN lantas menunjukkan sikap sebenar kerajaan kudeta kepada rakyat yang akhirnya akan menilai dan memberi hukuman setimpal kepada mereka.

Sivakumar dalam blognya menyiarkan agenda sidang DUN Perak yang dibuat tanpa rundingan dengan beliau seperti berikut:

Persidangan Pertama, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan (Pada Hari

Khamis, 7 Mei 2009, Jam 10.00 pagi)

URUSAN MESYUARAT

I) Doa

II) Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke-12 Perak Darul Ridzuan.

III) Persidangan ditangguhkan selama 15 minit dan selepas itu disambung semula.

IV) Pengumuman Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

V) Usul-usul yang telah diberi notis:

1) Usul perlucutan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

2) Usul perlantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan baru.

VI) Penangguhan

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA