Mahkamah Rayuan akan memberi keputusan berhubung rayuan Zambry pada pukul 3.30 petang esok setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubung status MB Perak yang sah di antara Dato' Seri Mohammad Nizar dan Zambry.Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel 5 hakim untuk mendengar kes tersebut. Namun, surat permohonan itu tidak diterima oleh Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tepat pada masanya. Oleh itu, hanya 3 hakim yang mendengar perbicaraan hari ini. Datuk Seri Nizar tetap menaruh keyakinan kepada keputusan mahkamah esok.
No comments:
Post a Comment