" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 May 2009

Bukti Reform Kerajaan Najib

'Rakyat Didahulukan', Prestasi Diutamakan'. Inilah moto kebanggaan kerajaan Najib kearah membuat perubahan. Semalam pula dalam tv Astro Awani Suhaimi sebagai pengacaranya membincangkan isu Bank Idea Rakyat. Memang sempurna sekali cara Najib membuat Reform.

Terbaru hari ini ialah pemecatan seorang imam yang telah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada 'pemerintahan adil, telus dan cara yang betul' pada Februari lalu. Imam yang dimaksudkan ini ialah Shamsul Firdaus dari Bukit Damansara telah menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut yang tidak berapa jauh dari rumah lama DSAI di Jalan Setiamurni 8 yang mendengar khutbah.

Shamsul juga mengucapkan terima kasih kepada DSAI yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA