Dalam sibuk kerajaan PR Perak mengatur persiapan untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku pada sidang DUN Perak mulai 7 Mei ini, timbul pula desas-desus di kalangan ahli politik Perak dan pihak istana bahawa Sultan Azlan Shah berkemungkinan besar akan memperkenankan permohonan MB PR untuk membubarkan DUN sebelum sempat bersidang.Ada khabar yang kedengaran, Sultan Perak akan terlebih dahulu memperkenankan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mengadap baginda bagi mempersembahkan permohonan pembubaran DUN dan baginda dijangka akan memperkenankan permintaan itu.
Kesimpulan ini dibuat memandangkan pergolakan politik Perak tidak mungkin reda dalam masa terdekat sejak UMNO/BN merampas kuasa daripada kerajaan negeri PR yang dipilih melalui 52% jumlah undi yang diperolehi semasa PRU-12 tahun lalu.
Sekiranya benar kemungkinan ini, semua rakyat yang inginkan masaalah diPerak ini diselesaikan melalui sistem demokrasi, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Baginda Tuanku.
4 comments:
bubar dun b4 7 jun?. wa potong jari laa kalau dipekenankan.
kalau nak berselindung disebalik topeng tak payah la cakap nak potong-potong,nak tonjolkan nama sendiri pun takut apa tah lagi nak potong jari.........
aik marah....heheheh
"bubar dun b4 7 jun?. wa potong jari laa kalau dipekenankan".
"kalau nak berselindung disebalik topeng tak payah la cakap nak potong-potong,nak tonjolkan nama sendiri pun takut apa tah lagi nak potong jari........."
jari basikal kot ,itu pon klu ada.
Kaki torak ckap tak serupa bikin.
He!jgn maree!.
Post a Comment