" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 March 2009

Perwakilan UMNO Harus Berani

Ahli UMNO perlu berani memilih pemimpin mereka yang mampu membawa perubahan pada UMNO dan tidak terlekat pada budaya lama berpolitik dalam UMNO. Kepimpinan itu harus membawa trend baru, cara baru dan sepatutnya mampu menjadi kepimpinan yang menukar dan memperbaiki keadaan UMNO yang semakin meruncing hari ini.

Mereka haruslah menolak pemimpin yang hanya bersikap defensif, ortodoks dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Mereka haruslah memilih pemimpin yang mempunyai idealisme baru, sanggup membuat perubahan, menghapuskan sistem kuota, membuat had seseorang untuk memimpin, menerajui UMNO merapati anak2 muda, menjadikan UMNO satu parti pembela nasib bukan sahaja Melayu tetapi juga semua rakyat Malaysia dan memastikan kepimpinan yang 'bersih'.

Sejak kebelakangan ini nampaknya pemimpin2 UMNO hanya sibuk untuk melobi kemenangan masing2 dalam pemilihan pada hujung Mac ini dan mereka masih menggunakan cara berpolitik yang usang untuk dipertontonkan kepada rakyat yang minda pemikirannya telah jauh kedepan........ Apa yang berlaku sekarang, parti ini sudah hanyut semakin jauh dari rakyat akibat dari tindakan pemimpin2 mereka sendiri.....

UMNO sekarang benar2 dalam keadaan yang tidak selesa dan kepimpinan yang masih memikirkan keadaan selesa dalam UMNO adalah kepimpinan yang tidak peka dalam kedudukan UMNO hari ini. Nilailah mereka dengan sebaik mungkin jika tidak mahu melihat parti ini pupus......

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA