
BN Belanja RM 350 Ribu Untuk Kos Perjalanan Luar Negara Khir Toyo
Kerajaan BN Negeri Selangor telah membelanjakan sejumlah RM349,134 bagi menampung kos perbelanjaan perjalanan ke luar negara dari Setember 2001 hingga Januari 2008 bagi mantan MB Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo.
MB, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan perkara berkenaan di sidang DUN Selangor hari ini. Menurut beliau antara destinasi yang telah dilawati Khir termasuk kotaraya London, Bangkok, Beijing, Los Angeles, Dubai, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam. Tambah beliau jumlah kos berkenaan diperolehi melalui rekod perbelanjaan di pejabat MB.
Walau bagaimanapun kerajaan negeri tidak dapat memberikan maklumat secara terperinci berhubung kos sebenar yang ditanggung bagi perbelanjaan penginapan, makanan dan lain2 kerana ia masih diperiksa oleh kakitangan pejabat MB.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang bertanyakan mengenai jumlah kos perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan negeri sejak tahun 2000 lalu dan juga agen pelancongan yang bertanggungjawab menguruskan tiket perjalanan bekas MB terbabit.
Menjawab soalan berkaitan agen yang menguruskan perjalanan berkenaan, Khalid menjawab ia dikendalikan oleh Green Adventure Holidays Sdn Bhd dan pejabat beliau juga masih lagi mengenal pasti jika ada agen lain yang terbabit.
Khalid juga memaklumkan Tourism Selangor Sdn Bhd telah dilantik untuk mengendalikan segala urusan perjalanan untuk kerajaan negeri. Khidmat ejen2 bebas juga akan digunakan dari semasa ke semasa untuk mengelak sebarang kes urusan berkenaan dimonopoli oleh syarikat tertentu sahaja.
"Kebanyakan Exco kerajaan negeri lebih berminat membeli tiket penerbangan mereka secara terus melalui internet, terutamanya Air Asia memandangkan kos yang tinggi terpaksa dibelanjakan jika pembelian dibuat melalui ejen," katanya lagi.
Berhubung perkara yang sama Azmin berkata Green Adventure Holiday bukan sahaja memonopoli pengurusan perjalanan yang dibuat oleh Khir, malah juga Exco BN dan kakitangan syarikat milik kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Bercakap kepada media selepas sidang dewan beliau menjelaskan butiran terperinci pembabitan syarikat berkenaan ditemui baru2 ini. Azmin juga mendakwa ahli keluarga Khir memiliki kepentingan dalam syarikat Green Adventure Holiday dan berharap Jawatankuasa Khas, akauntabiliti, Ketelusan dan Kompetensi (Selcat) akan menjalankan siasatan terhadap Khir Toyo.
yeols: Inilah akibatnya bila kita duk sibuk mencari kesalahan orang lain. Bila tak jumpa,maka diciptalah pembohongan..... Penyakit diri sendiri tak pula dicerminkan terlebih dahulu. Engko tanggung lah Wak...!!!!
No comments:
Post a Comment