Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin2 mereka semalam:-
Kata Ketua Pemuda Umno Selangor,"Pengerusi DAP Karpal Singh tidak pernah dikasari oleh pemimpin2 Pemuda Umno Selangor dalam kekecohan di Parlimen minggu lepas. Sepanjang insiden itu, tidak ada kekasaran. Tidak gugur sehelai pun rambut Karpal Singh. Kekecohan dimulakan oleh ahli parlimen DAP, Pemuda Umno Selangor tidak mulakan. Pemuda Umno Selangor tidak tergamak untuk memulakan serangan kepada Karpal Singh (Boleh percaya ke ??).Sewaktu kekecohan tersebut berlaku, peguam dan ahli parlimen Bukit Gelugor itu sudah beredar dan tidak lagi berada di situ. Sekurang-kurangnya 4 kali provokasi dicetuskan oleh ahli2 Parlimen DAP termasuk Gobind Singh Deo (Puchong).
Kami lebih suka kepada keamanan. Kami nak beritahu rakyat apa yang sebenarnya berlaku. Ini kerana kami tidak pernah merancang untuk memulakan tindakan kekecohan ini.
Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara pula berkata,"kekecohan tersebut, tidak sepatutnya berlaku kerana kami bertemu dengan Karpal dengan 'cara yang baik' untuk mendapatkan penjelasan dari pengerusi DAP itu berhubung perkataan 'celaka' yang ditujukan kepada Pemuda Umno ketika berucap di Dewan Rakyat serta mengenai 2 butir peluru yang diterimanya.yeols: Apa2 pun, Rakyat Malaysia sekarang sudah bijak menilai mana satu yang benar......Jadi Rakyatlah yang akan menghakimi mereka yang masih berkuasa sekarang ini.....dan bukan untuk selama-lamanya mereka akan kekal berkuasa.........
No comments:
Post a Comment