" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 February 2009

UMNO Sanggup Ketepikan MIC

Difahamkan, mesyuarat Umno bahagian yang diadakan malam kelmarin telah memutuskan untuk memohon kepada pucuk pimpinan BN supaya kerusi yang ditandingi MIC itu diserahkan semula kepada Umno. 



Melihat kepada senario politik semasa, Umno yang kini mengemudi kerusi pembangkang di DUN Kedah tidak syak lagi begitu ghairah mahu melebarkan sayap penguasaan walaupun parti itu tahu tindak tanduk sedemikian akan menguris hati para pengundi berketurunan India yang sememangnya menaruh harapan agar wakil mereka terus diberi hak mewakili kawasan tersebut. 



Lebih malang lagi, cadangan yang bersifat ‘desakan’ ini turut mencerminkan betapa kepemimpinan Umno khususnya di Merbok barangkali tidak mampu menunggu lebih lama lagi untuk mengaut ‘kuasa’ dan berharap tempias rampasan kuasa di Perak akan menular pula ke Bukit Selambau. 

Pada pilihan raya umum ke-12 lepas, Dun Bukit Selambau mencatatkan jumlah pengundi seramai 34,977 orang dan daripada jumlah itu, seramai 17,607 pengundi adalah Melayu, 9,688 pengundi kaum India, 7,386 pengundi Cina dan 296 pengundi keturunan lain. 



Arumugam yang bertanding atas tiket bebas ketika itu memperoleh 13,225 undi dan mengalahkan calon BN daripada MIC, S Krishnan yang memperolehi 10,863 undi. Bagaimanapun, beliau meletakkan jawatan dengan alasan tidak tahan dengan pelbagai ugutan daripada pihak tertentu.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA