" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 February 2009

Teori Konspirasi

Mari kita bayangkan tentang satu teori konspirasi…dan apa yang berlaku di Perak hanyalah ‘the tip of an iceberg’.



Andaikan….Anwar akan mengambil alih kerajaan Persekutuan tetapi beliau sedar, kalau itu yang dilakukannya, rakyat sudah pasti akan menentang beliau sepertimana rakyat menentang Umno hari ini.



Anwar cuba memulakanya dengan mengumumkan pembelotan Ahli2 Parlimen Sabah dan Sarawak, riuh dengan 916 dan sebagainya. Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Anwar tahu Najib perlukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa beliau juga mampu berbuat sesuatu, lantas Anwar bersedia mengorbankan Perak.



Anwar menerima umpanan Najib yang dibuat melalui Datuk Nasarudin. Satu strategi menarik, untuk menyingkir wakil rakyat PKR yang tidak berkemampuan dan bermasalah, dan dalam masa yang sama..menggantikan dengan mereka yang berwibawa, maka Perak perlu ‘diserahkan’ kepada Umno/BN.



Sekarang Najib sudah mendapat Perak untuk ditunjuk kepada ahli-ahli Umno dalam Perhimpunan Agung Umno nanti dan mengatakan bahawa Anwar memulakannya skandal pembelotan ini dan beliau hanya menyudahkannya. Episod seterusnya ialah…Anwar akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan bersama ‘pembelot-pembelot’ nya dan berkata..” Najib memulakannya dan beliau hanya menyudahkannya’.



Kalau rakyat menerima rampasan kuasa di Perak oleh Najib dan diperkenankan oleh Sultan, mengapa rakyat perlu menolak sekiranya Anwar merampas kuasa Kerajaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong?



Satu perkara menarik…dalam episode rampasan kuasa di Perak ini, kemarahan dan penghinaan ditujukan hanya kepada dua EXCO PKR, Jamaludin dan Osman, tetapi tidak kepada Dato Nasarudin! Mengapakah kepimpinan PKR tidak menyalahkan Nasarudin, sebaliknya menyalahkan dua EXCO ini? Apakah Dato Nasrudin benar-benar mahu kembali kepada Umno…ataupun beliau telah disuruh?Aku percaya..Nasrudin memang benar-benar ‘trojan horse’.Tetapi untuk tunggangan siapa? Najib atau Anwar?



Semalam pun, aku masih mencari jawapan. Mengapa Nizar sanggup bertahan walaupun mengingkari arahan Sultan? Dan sejak peristiwa rampasan kuasa Najib ini berlaku, aku masih belum melihat Nizar berwajah sedih..sebaliknya sentiasa ceria dan relax..Begitu juga Anwar…bila ditanya tentang rampasan kuasa ini, dia masih boleh melawak..”hangpa tok sah ghafla la. Buat kerja hangpa..yang ni semua bagi kat kami.”



Bila ditanya berapa lama Nizar akan bertahan diKediaman Menteri Besar, Nizar menjawab dia akan keluar beberapa hari lagi, tetapi dengan sinis dia berkata..” kita keluar kejap…bulan depan kita masuk balik.”



Perancangan Anwar dan Nizar ini hampir berjaya, sekiranya Sultan bersikap berkecuali dan adil, kerana itulah persepsi yang ada dikalangan rakyat dan kepimpinan PR. Apa yang mungkin tidak diketahui mereka, Raja Nazrin memainkan peranan utama untuk memaksa Dato Nasrudin kembali kedalam Umno. Malah Dato’ Nasarudin menangis kerana dipaksa kembali kedalam Umno.



Dan semalam, aku mendapat beberapa rakaman perbualan telefon diantara orang kita dengan Jamal, Osman, Dato Nasarudin dan isterinya yang dirakamkan secara rahsia. Kami akan siarkan rakaman telefon ini secara berperingkat dan belum pasti sama ada ianya akan disiarkan di Perakexpress. Mungkin di blog Sya-reformis, Albanjari, Cyberboron, Cenangau…kerana kami semua sedang diekori oleh SB dan MIO.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA