Daulat bermaksud (Takrifan Kamus Dewan) “Mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa”. Dalam hal ini RAKYAT juga mempunyai kuasa untuk menentukan sendiri siapakah pemimpin yang mereka inginkan melalui proses pilihan raya.
Apakah UMNO tidak mengiktiraf hak RAKYAT?. Apakah Sultan yang diharapkan untuk menjaga hak dan kepentingan RAKYAT juga turut ingin mengkhianati dan menzalimi RAKYAT?
Melucutkan jawatan seseorang Menteri Besar yang telah diberikan kepercayaan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri BUKAN hak mutlak seseorang raja atau sultan. Bila sesaorang sultan atau raja mengambil hak rakyat, ini membawa maksud pencabulan terhadap HAK DAN KEDAULATAN RAKYAT telah dilakukan oleh raja yang sepatutnya patut menjadi payung kepada RAKYAT dan raja juga MESTI bertindak tanpa mengenepikan perlembagaan. Namapun Raja Berperlembagaan. Kalau Raja sudah gagal untuk patuh kepada Perlembagaan, kita hendak panggil Raja apa pulak dah? Saya ada seorang kawan, raja juga, Rajakumar.
Jangan ingat raja sahaja yang ada daulat. Negara kita juga Negara Berdaulat kerana RAKYATnya ber’Daulat’.
RAKYAT tidak mahu menderhaka. TETAPI, RAKYAT juga tidak akan berdiam diri jika RAKYAT diderhakai. AKU ADALAH HAK ALLAH SWT, BUKAN HAK RAJA…!!!!
Bangkitlah RAKYAT untuk menentang kezaliman ini. Menegakkan Keagongan Agama dan mempertahankan maruah dan harga diri adalah HAK RAKYAT….!!!!
“Penderhaka” mengikut takrifan Kamus Dewan “Orang yang mengkhianati negara (Tuhan, suami dll)” Kalau UMNO menderhaka kepada RAKYAT dan Negara, kenapa pula Sultan hendak ikut perbuatan itu?. Sultan sepatutnya menjadi payung kesejahteraan kepada RAKYAT, bukan menyusahkan RAKYAT sehinggakan kalau kereta Sultan nak lalu, ambulan yang bawa orang sakit pun kena ke tepi. Ini ke yang dinamakan Sultan sebagai Payung Kesejahteraan RAKYAT? Sebagai RAKYAT kami ingin tahu, APAKAH KERJA RAJA?
No comments:
Post a Comment