" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 February 2009

SPR Tidak Profesional

Kenyataan Media


4 Februari 2009



Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa tiada pilihanraya kecil di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak adalah tidak profesional dan jelas memperlihatkan wujudnya campurtangan politik daripada pihak atasan kerajaan.Keputusan ini sengaja dibuat bagi membolehkan dua Ahli DUN dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sertai BN tanpa perlu melalui pilihanraya kecil.



Tugas sebenar SPR adalah mengadakan pilihanraya kecil secara profesional selepas menerima surat daripada Yang Dipertua DUN Perak yang memaklumkan bahawa kedua-dua ADUN Changkat Jering dan Behrang dari KeADILan telah meletak jawatan.



Keputusan Yang Dipertua DUN Perak adalah muktamad dalam perkara ini iaitu kedua-dua kerusi DUN tersebut dikosongkan ekoran perletakan jawatan ADUN Changkat Jering dan Behrang pada Ahad lalu.Maka SPR tidak wajar membuat pengumuman tersebut kerana kedua-dua orang itu bukan lagi wakil rakyat, apatah lagi keputusan tersebut dibuat hanya kerana mendakwa menerima surat penafian perletakan jawatan daripada mereka.



DR SYED HUSIN ALI


Timbalan Presiden


Parti Keadilan Rakyat

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA