" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 February 2009

Siapa Yang Menderhaka?

Tahniah kita ucapkan kepada mereka yang telah membuat dakwaan betapa Umno di bawah Najib cuba melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan Institusi Sultan. Kebenaran itu diserlahkan oleh tajuk akhbar serta ulasan media yang amat menggila dengan perkataan derhaka terhadap Raja! Kali terakhir rakyat Malaysia dikenakan hukuman yang berkaitan dengan derhaka kepada Institusi Raja ialah kumpulan Al-Maunah yang kononnya sebahagian mereka telah pun menjalani hukuman gantung sampai mati.



Kenapa derhaka kepada Raja dijadikan isu sedangkan apa yang terjadi ialah pencabulan kuasa oleh Paduka Sultan dalam memecat Dato Seri Nizar dari jawatan Menteri Besarnya tanpa mematuhi lunas undang-undang? Bukannya MB Nizar yang suruh Sultan melanggari undang-undang sehinggakan baginda menjadi bahan gurauan. Kenapakah sewenangnya tohmahan besar itu dilemparkan kepada sebuah kerajaan yang sungguh prihatin dan berhemah dengan rakyat bahkan istana juga? Bukannya sebuah kerajaan yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan. Apakah Sultan lebih gemar sebuah kerajaan yang korup untuk sama berkongsi membalun harta negeri?



Takkan lah derhaka bagi seorang MB semata-mata mempersembahkan hujah dan ditutupi dengan ungkapan “Ampun Tuanku, sembah patik sembah derhaka…..” dan mempertahankan kedudukannya mengikut lunas undang-undang demokrasi Raja Berperlembagaan? Apa yang disiarkan akhbar hanyalah kelentongan serta salah maklumat.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA