" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 February 2009

Pertahan Perak hingga titisan darah terakhir-malaysiakini

"Kita akan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak sehingga ke titisan darah terakhir," demikian penegasan Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin di hadapan kira-kira 10,000 penyokongnya yang membanjiri kediaman rasmi malam tadi.

Beliau yang memberi ucapan yang berapi dan penuh semangat demi mempertahankan kerajaan rakyat daripada dirampas oleh kerajaan BN.Nizar dalam ucapan penutupnya itu berjanji akan berjuang habis-habisan untuk merobohkan Umno dan BN yang telah membuat rakyat negeri ini huru-hara.Beliau juga berkali-kali membuat penegasan tidak akan meletak jawatan Menteri Besar biarpun sudah mendapat arahan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

Terdahulu, beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat diberi peluang memberi ucapan antaranya, Exco Kanan Perak, Ngeh Koo Ham; Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Ketua Muslimat PAS,Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Orang ramai mula membanjiri kediaman Menteri Besar seawal jam 6 petang sebaik sahaja mendapat maklumat permit untuk berhimpun di Stadium Ipoh tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa.Suasana agak luar biasa, apabila rakyat berbilang bangsa Melayu, Cina dan India datang berduyun-duyun mendengar amanat pimpinan mereka, walaupun terpaksa duduk di atas rumput yang basah dek hujan turun bermula tengah hari itu.Apa yang dikesali pihak polis pula bertindak menyekat laluan utama ke kediaman Menteri Besar pada seawal jam 7 malam menyebabkan orang ramai terpaksa berpatah balik.

Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa itu tidak mematahkan semangat rakyat Perak untuk sama-sama menunaikan solat hajat serta mendengar amanat pimpinan mereka di dalam dewan tertutup dihadapan perkarangan rumah menteri besar.

Sebaik selesai solat hajat, tiga buah trak polis yang membawa hampir 100 anggotanya tiba di pintu pagar utama kediaman, bagaimanapun tindakan pantas petugas Unit Amal bergegas membuat benteng di hadapan pagar untuk menghalang sebarang provokasi yang timbul.

Kain rentang yang tertulis ' Daulat Tuanku Rakyat Pohon Tuanku Bubarkan Dun Perak' dan 'Menuntut Bubarkan Dun, Kembalikan Kuasa Rakyat', jelas menggambarkan hasrat dan harapan rakyat yang menggunung tinggi terhadap kuasa Sultan.Beberapa orang di kalangan hadirin yang ditemui masing-masing melahirkan kemarahan terhadap BN merampas kerajaan Perak tanpa saluran yang sah.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA