" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 February 2009

"Pakatan Rakyat masih berkuasa" - Nizar

"Kerajaan Pakatan Rakyat masih berkuasa. Tidak berlaku apa-apa. Semua seperti biasa.Kerajaan masih sah.Tuanku bertitah Allah bersama orang-orang yang sabar.Tuanku masih belum membuat keputusan,".Demikian ungkapan pertama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi. 

Menurutnya lagi,"ketika ini urusan kerajaan akan berjalan seperti biasa.Segala aktiviti kerajaan negeri seperti biasa. Saya akan hadiri aktiviti majlis jubli Perak Tuanku.Sebelum ini saya telah menghadap ke bawah tuanku untuk menjelaskan situasi politik semasa dan terkini kerajaan negeri.Kini terpulang kepada tuanku untuk membubarkan dewan. Pembubaran jika berlaku adalah perlu untuk memastikan satu pilihan raya seluruh negeri Perak dapat diadakan agar rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar bersih". 

Katanya lagi,"ketika ini keputusan adalah di tangan tuanku sultan dan baginda sedang memperhalusi isu yang berlaku dari sudut undang-undang.Rakyat diminta bertenang,tiada apa-apa huru-hara yang berlaku.Semua seperti biasa.Apa2 pun,tunggu keputusan Sultan dan keputusan tuanku adalah merupakan keputusan yang adil". 

Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak,Nizar berkata,"Najib seolah-olah cuba merampas kerajaan secara tidak beretika.Isu Dato Nasharudin masuk Umno tidak timbul. Ini disebabkan, dakwaan Najib bahawa Nasharuddin menyokong BN boleh dipertikaikan kerana wujudnya unsur paksaan.Kaum keluarga sendiri buat laporan bahawa dia telah hilang. Dia dibawa dua orang yang dakwa Raja Muda ingin berjumpa tetapi pertemuan itu tidak berlaku.Saya cuba hubungi begitu juga dengan kaum keluarganya dan semua tidak berjaya".

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA