Bekas timbalan menteri pertahanan hari ini mengesahkan memang ada pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan seorang ketua bahagian PKR, Fauzi Muda pada 11 Mac tahun lalu, seperti yang didakwa.
Datuk Zainal Abidin Zin mengesahkan pertemuan tersebut seperti yang didakwa Fauzi dalam akuan bersumpahnya semalam. Fauzi adalah ketua bahagian PKR Ipoh Barat.Dalam akuan berkanun itu, Fauzi mendakwa, pertemuan di kediaman rasmi Najib sejurus selepas pilihanraya umum lalu, melibatkan rundingan RM50 juta untuk memujuk dua wakil rakyat PKR agar menyertai BN.
Bagaimanapun, bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Zainal menambah, beliau tidak mengetahui butiran perbincangan antara Fauzi dengan timbalan presiden Umno. Menurutnya lagi, perbincangan itu diadakan di tempat terbuka di kediaman Najib di Putrajaya tetapi beliau tidak mendengar perbualan itu kerana terdapat ramai orang di situ.
No comments:
Post a Comment